Onn Hafiz kerap ponteng mesyuarat – PMX

BATU PAHAT – Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi kerap ‘ponteng’ mesyuarat dan menganggap ia sebagai suatu perkara tidak penting.

Beliau yang juga Perdana Menteri berkata, beliau kerap memanggil kepimpinan kerajaan negeri seluruh Malaysia untuk berbincang, bagi mengatasi masalah yang dihadapi rakyat.

Menurut beliau, Onn Hafiz memandang ringan mesyuarat berkenaan hingga tidak menghadirkan diri ke Kuala Lumpur.

“Dua hari lalu kita panggil mesyuarat di Kuala Lumpur, Premier Sarawak datang, semua Menteri Besar dan Ketua Menteri datang tapi kadang-kadang Johor, dia ingat itu tidak penting.

“Banyak kali mesyuarat, satu saja Menteri Besar Johor datang. Ini apa pasal? Kita nak bincang masalah rakyat, bagaimana nak bangunkan negara,” katanya ketika berucap di program Yok! Merahkan Johor! Undi Harapan di Banang Jaya, pada Khamis.

Dalam pada itu, Anwar turut menitip pesanan kepada golongan muda di Johor menjelang hari mengundi Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Sabtu ini.

“Jadi saya harap anak-anak muda ingat Melayu tidak rugi kalau pemimpin itu berprinsip, Melayu itu rugi kalau pemimpin itu korup dan sombong, ada peluang dia sapu, itu rugi,” katanya.

Dalam pada itu, Presiden PKR itu menyeru rakyat untuk menolak Barisan Nasional (BN) yang didakwanya sombong kerana secara terburu-buru memanggil pilihan raya.

“Saya beritahu kerajaan di Johor, tunggulah, jangan cepat sangat supaya kita kerja tapi mereka tidak mahu, kononnya kami mesti menang,

“BN mesti menang 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), kita kena buat cepat. Tolong ajar dia (Onn Hafiz) jangan cakap sombong, bagi dia kalah,” katanya.

Related Posts

Onn pandang serius isu pencerobohan bot pukat tunda, tindakan segera akan diambil

BATU PAHAT – Ahli Parlimen Batu Pahat, Onn Abu Bakar akan mengangkat segera aduan nelayan Orang Asli persisir pantai berhubung dakwaan pencerobohan bot pukat tunda di Dewan Undangan Negeri (DUN)…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Trafik sesak ke Johor isyarat rakyat serius tunaikan tanggungjawab pulang mengundi

BATU PAHAT – Kesesakan trafik menuju ke selatan yang mula tular di media sosial sejak petang tadi disifatkan petanda positif peningkatan kesedaran rakyat Johor untuk pulang menunaikan tanggungjawab mengundi pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sibu bakal distruktur semula berteraskan ekonomi rendah karbon – Abang Johari

Sibu bakal distruktur semula berteraskan ekonomi rendah karbon – Abang Johari

MPAJ keluar empat kompaun ke atas 13 rumah urut di Ampang

MPAJ keluar empat kompaun ke atas 13 rumah urut di Ampang

24 KIR eKasih terima bantuan Sejahtera MADANI perkasa pendapatan

24 KIR eKasih terima bantuan Sejahtera MADANI perkasa pendapatan

Empat penunggang RXZ maut, kemalangan babit 13 kenderaan

Empat penunggang RXZ maut, kemalangan babit 13 kenderaan

Pejabat Daerah Kecil Debak baharu bernilai RM8.89 juta perkukuh penyampaian perkhidmatan awam

Pejabat Daerah Kecil Debak baharu bernilai RM8.89 juta perkukuh penyampaian perkhidmatan awam

Tengku Hassanal berkenan rasmi Kompleks Belia dan Sukan Pahang

Tengku Hassanal berkenan rasmi Kompleks Belia dan Sukan Pahang