Undi anak muda penting bentuk masa depan negara – KP JKOM

UNDI golongan muda memainkan peranan penting dalam menentukan hala tuju serta masa depan negara, kata Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Mohd Hisyamuddin Ghazali. 

Beliau berkata, golongan belia perlu menggunakan hak mengundi yang dimiliki dengan sebaiknya kerana keputusan mereka mampu memberi kesan terhadap pembangunan dan kemajuan negara pada masa hadapan.

Katanya, anak muda khususnya pengundi baharu perlu melihat pilihan yang dibuat berdasarkan kepentingan rakyat serta usaha yang mampu membawa kestabilan kepada negara.

“Anak muda mempunyai peranan besar dalam menentukan masa depan negara.

“Sebab itu saya menyeru mereka supaya keluar mengundi dan menggunakan hak yang diberikan untuk membuat pilihan terbaik demi negara yang kita sayangi,” katanya dalam kenyataan kepada The Malaysia Press, pada Khamis. 

Mohd Hisyamuddin berkata, perkembangan semasa menunjukkan golongan muda semakin peka terhadap isu berkaitan ekonomi, peluang pekerjaan, perumahan serta pembangunan yang memberi kesan langsung kepada kehidupan mereka.

Menurutnya, pelbagai inisiatif yang dilaksanakan kerajaan bagi membantu golongan belia perlu dinilai oleh rakyat sebelum membuat keputusan pada hari pengundian.

“Kalau kita lihat kedudukan ekonomi, peluang pekerjaan untuk anak-anak muda serta usaha menyediakan rumah untuk golongan belia, perkara ini adalah antara perkara yang dekat dengan kehidupan mereka.

“Pembangunan yang dibawa kerajaan Persekutuan ke Johor juga memberi impak kepada rakyat dan perkara ini perlu dilihat secara menyeluruh,” katanya.

Beliau berkata, golongan muda yang terdedah dengan perkembangan semasa menerusi media sosial mempunyai akses kepada pelbagai maklumat dan mampu membuat penilaian yang matang sebelum memilih pemimpin.

Sehubungan itu, Mohd Hisyamuddin menyeru semua pengundi di Johor, khususnya golongan belia, supaya keluar beramai-ramai menunaikan tanggungjawab mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

“Sabtu ini adalah hari untuk mengundi. Keluarlah beramai-ramai, terutama orang muda, dan buatlah pilihan terbaik demi negara yang kita sayangi,” katanya.

Related Posts

Tidak benar peruntukan Orang Asli dihentikan jika PH menang

CHENNAH – Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke menyangkal dakwaan peruntukan terhadap masyarakat Orang Asli (OA) akan dihentikan sekiranya Pakatan Harapan (PH) terus diberikan mandat. Anthony yang juga calon Pakatan Harapan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Terima kasih Pulai Sebatang’, Haniff Hosman hargai sokongan pengundi dan tekad terus berbakti

PONTIAN – Bekas calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Nageri (DUN) Pulai Sebatang, Haniff Hosman, menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh pengundi yang telah menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mukhlis Mubin, calon Gen Z dengan kekuatan tersendiri

Mukhlis Mubin, calon Gen Z dengan kekuatan tersendiri

Beri anak muda seperti Mukhlis Mubin peluang, jangan bunuh karakter calon Gen Z

Beri anak muda seperti Mukhlis Mubin peluang, jangan bunuh karakter calon Gen Z

Warisan layang-layang perlu terus dipelihara generasi muda – Hasbi

Warisan layang-layang perlu terus dipelihara generasi muda – Hasbi

Kewibawaan Akmal dipersoal, ramai mula sokong Ayu di Merlimau

Kewibawaan Akmal dipersoal, ramai mula sokong Ayu di Merlimau

Pelajar Tingkatan Enam terima elaun mulai semester pertama

Pelajar Tingkatan Enam terima elaun mulai semester pertama

“Keluar sahaja daripada BN” – DAP cabar MCA

“Keluar sahaja daripada BN” – DAP cabar MCA