Penduduk Kampung Datuk rayu dewan diselenggara segera

MUKAH – Penduduk Kampung Datuk di sini merayu pihak berkuasa tempatan dan agensi berkaitan agar segera membaik pulih dewan komuniti mereka yang kini terjejas teruk akibat lambakan najis burung dan kerosakan sistem elektrik.

Ketua Kaum merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Datuk, Julaihi Hassan berkata, masalah kebersihan luar dan dalam dewan itu berpunca daripada struktur bumbung yang berlubang.

Justeru, beliau mencadangkan agar ruang terbuka pada bumbung tersebut ditutup segera, di samping lantai dewan dicat semula bagi mengembalikan keselesaan penduduk setempat.

“Selain isu najis burung, fasiliti ini juga berdepan masalah teknikal apabila bekalan elektrik kerap terputus (trip) atau mengalami beban lampau (overload) setiap kali penyaman udara dihidupkan.

“Kita sudahpun membuat aduan kepada pihak berkaitan agar tindakan segera diambil demi kelangsungan kelancaran pelbagai aktiviti komuniti di sini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Hasrat Madani 2026 di dewan berkenaan pada Khamis.

Sementara itu, hasil tinjauan pihak Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) Parlimen Mukah mendapati kegagalan fungsi utiliti tersebut berpunca daripada sistem pendawaian lama.

Kotak suis utama (MCB) sedia ada didapati tidak direka bentuk untuk menampung kapasiti penggunaan peralatan elektrik berkuasa tinggi.

Terdahulu, program anjuran JKOM Parlimen Mukah itu berjaya menghimpunkan kira-kira 25 penduduk tempatan termasuk wakil Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan Saberkas Kampung Datuk bagi menjayakan aktiviti gotong-royong pembersihan.

Turut hadir memberikan sokongan ialah wakil Jabatan Penerangan (JAPEN) Daerah Mukah, Salleh Immun.

Related Posts

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

KOTA KINABALU – Ketika kanak-kanak lain seusianya bebas bermain tanpa memikirkan apa-apa, satu kejadian ketika berusia empat tahun mengubah kehidupan Nurhadrieyana Paiman.‎‎Insiden tercucuk pensil menyebabkan penglihatan mata kirinya terjejas, sekali…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

KUCHING – Hari Malaysia perlu dijadikan medan muhasabah nasional untuk menilai sejauh mana negara berjaya membina masyarakat yang matang, berwibawa dan berjiwa besar dalam mendepani cabaran semasa. Yang di-Pertua Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM