TVET lahir pakar industri, pemacu ekonomi negara – James

TAWAU – Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) terus relevan dalam melahirkan tenaga kerja mahir bertaraf dunia yang mampu memenuhi keperluan industri serta menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.

Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk James Ratib berkata, selaras dengan perkembangan teknologi, automasi dan pendigitalan, TVET kini menjadi antara pemacu utama dalam melahirkan modal insanb erkemahiran tinggi, inovatif dan berdaya saing.

“Institusi kolej vokasional di Sabah dan Labuan terus menjadi penyumbang penting kepada pembangunan tenaga kerja mahir negara, sekali gus menjadikan bidang TVET semakin mendapat perhatian dalamkalangan ibu bapa dan pelajar.

“Prospek kerjaya yang semakin luas menyebabkan semakin ramai memilihbidang kemahiran sebagai laluan pendidikan dan kerjaya,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena perasmian Program KV Skills Peringkat Zon Sabah dan Wilayah PersekutuanLabuan 2026 di Kolej Vokasional Tawau,

Teks ucapannya disampaikan Setiausaha Politik kepada Menteri, Justinus Jalang.

Menurutnya, program KV Skills bukan sekadar pertandingan untuk menentukan pemenang, sebaliknya menjadi platform penting bagi menguji kompetensi pelajar, memperkukuhkan keyakinan diri, membudayakanamalan kerja profesional serta memupuk semangat kerjasama dankesukanan.

Katanya, pertandingan itu turut memberi peluang kepada peserta menilai keupayaan masing-masing berdasarkan standard industri sebenar sebagai persediaan menghadapi alam pekerjaan.

“Penyertaan itu membuktikan pelajar TVET bukan sahajamemiliki kemahiran teknikal yang tinggi, malah mempunyai kreativiti, inovasi serta semangat juang untuk bersaing di peringkat lebih tinggi.

“Semoga program KV Skills akan terus menjadi platform melahirkangraduan TVET yang kompeten, berintegriti dan bersedia memenuhi keperluan industri masa kini serta masa hadapan.

“Kerajaan akan terus menyokong usaha memperkasa agenda TVETsebagai antara pemacu utama pembangunan modal insan dan pertumbuhan ekonomi negara,” ujarnya.

Related Posts

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

KUCHING – Kementerian Komunikasi memberi jaminan bahawa kualiti liputan dan capaian internet pada malam kemuncak sambutan Hari Malaysia ke-63 akan berada di tahap optimum bagi melancarkan kelancaran tugas pengamal media.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penghantar barang ditahan bersama dadah, pistol palsu

TEMERLOH – Tindakan seorang penghantar barang menyembunyikan sepucuk pistol palsu di bawah kerusi bahagian pemandu terbongkar selepas ditahan dalam serbuan berkaitan dadah di Paya Keladan di sini, malam Sabtu lalu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan