Penghuni The Hope Village hargai sumbangan Maxim, UiTM

TUARAN – Penghuni The Hope Village bukan sahaja menerima sumbangan barangan keperluan, tetapi turut memperoleh kegembiraan dan sokongan moral hasil kunjungan sukarelawan dalam Program Ziarah Kasih Bankers x Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknologi MARA (UiTM) dengan kerjasama Maxim Malaysia.

Penjaga The Hope Village, Amira Othman berkata, pihaknya amat menghargai kesudian Maxim Malaysia dan UiTM yang meluangkan masa bersama penghuni pusat jagaan itu kerana kehadiran para sukarelawan telah membawa keceriaan dan mencipta kenangan bermakna buat warga emas.

“Bukan sahaja barangan yang disumbangkan, malah kemesraan, perbualan dan masa yang diluangkan bersama penghuni telah membawa kegembiraan kepada penghuni.

“Kami berharap lebih banyak kerjasama seperti ini dapat dilaksanakan pada masa akan datang bagi memberi manfaat kepada golongan warga emas yang memerlukan perhatian dan kasih sayang masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan media pada Rabu.

Program Ziarah Kasih Bankers x MPP itu melibatkan 39 wakil pelajar Majlis Perwakilan Pelajar UiTM, dengan Maxim Malaysia bertindak sebagai penaja utama menerusi sumbangan pelbagai barangan keperluan kepada penghuni The Hope Village.

Antara sumbangan yang disampaikan termasuk selimut hangat, stoking antislip, makanan ringan bertekstur lembut, minuman serta barangan penjagaan diri bagi membantu meningkatkan keselesaan harian penghuni.

Sukarelawan turut menghadiahkan bunga segar sebagai simbol penghargaan selain menceriakan suasana di pusat jagaan tersebut.

Sepanjang program berlangsung, para sukarelawan turut meluangkan masa berinteraksi dan berbual mesra bersama penghuni, sekali gus mengeratkan hubungan antara generasi muda dengan warga emas serta menyemai nilai empati dan kesukarelawanan.

Sementara itu, Ketua Maxim Kota Kinabalu, Dennie Dimpat berkata, pihaknya percaya setiap usaha kebajikan, walaupun kecil, mampu memberi impak besar kepada masyarakat, khususnya golongan warga emas yang memerlukan perhatian dan sokongan.

“Kerjasama bersama UiTM itu bukan sekadar menyalurkan bantuan keperluan harian, malah bertujuan membawa kegembiraan, keselesaan dan semangat kepada penghuni The Hope Village melalui interaksi yang mesra dan penuh kasih sayang.

“Melalui kerjasama bersama UiTM ini, kami berharap dapat membawa kegembiraan, keselesaan dan semangat kepada penghuni The Hope Village, di samping menggalakkan lebih banyak organisasi serta golongan belia untuk bersama-sama menyumbang kepada masyarakat.

“Menjaga kebajikan warga emas merupakan tanggungjawab bersama dan inisiatif seperti ini mengingatkan kita tentang pentingnya nilai kasih sayang, hormat-menghormati serta hubungan sesama insan.

“Kami amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan UiTM dalam mencipta pengalaman yang bermakna buat para penghuni dan berharap dapat terus menyokong lebih banyak program kemasyarakatan yang memberi impak sosial positif pada masa akan datang,” kongsinya.

Dalam pada itu, Maxim Malaysia berkata, kerjasama tersebut mencerminkan komitmen berterusan syarikat dalam melaksanakan tanggungjawab sosial korporat melalui jalinan bersama institusi pendidikan dan organisasi komuniti.

Tambahnya, syarikat berkenaan turut berharap dapat terus memupuk budaya prihatin, kasih sayang dan kesukarelawanan dalam kalangan masyarakat, sekali gus meningkatkan kesejahteraan komuniti di seluruh negara.

Related Posts

Tidak mahu Sabah jadi ‘Syurga Scammer’, lulus segera RUU Jenayah Siber langkah tepat

KOTA KINABALU – Senator Datuk Phoong Jin Zhe menegaskan pendirian bahawa Sabah tidak seharusnya menjadi destinasi pelancongan bagi ‘scammer’ antarabangsa sehingga menjejaskan imej negeri. Beliau berkata, ia susulan peningkatan berkaitan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sungai Sedim paling berisiko kes kepala air di Kedah

ALOR SETAR – Laluan air sungai Sedim di Kulim dekat sini dikenal pasti sebagai lokasi paling kerap dilanda kepala air di Kedah apabila lima daripada 11 insiden yang direkodkan sejak…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Manifesto PH demi masa depan terbaik anak-anak Negeri Sembilan

Manifesto PH demi masa depan terbaik anak-anak Negeri Sembilan

PH lancar 10 komitmen dalam manifesto PRN Negeri Sembilan

PH lancar 10 komitmen dalam manifesto PRN Negeri Sembilan

Keupayaan urus Negeri Sembilan bukti PH tidak tampil dengan retorik kosong

Keupayaan urus Negeri Sembilan bukti PH tidak tampil dengan retorik kosong

Tidak mahu Sabah jadi ‘Syurga Scammer’, lulus segera RUU Jenayah Siber langkah tepat

Tidak mahu Sabah jadi ‘Syurga Scammer’, lulus segera RUU Jenayah Siber langkah tepat

Sungai Sedim paling berisiko kes kepala air di Kedah

Sungai Sedim paling berisiko kes kepala air di Kedah

Gangguan monyet cetus cadangan mini zoo di Balung Kokos

Gangguan monyet cetus cadangan mini zoo di Balung Kokos