Kerajaan lancar PKPS e-Invois hingga 2027, bantu PMKS kurangkan kos pematuhan

CYBERJAYA – Kerajaan memperkenalkan Program Khas Pengakuan Sukarela (PKPS) e-Invois berkuat kuasa serta-merta hingga 31 Disember 2027 sebagai langkah tambahan untuk mengurangkan kos pematuhan perniagaan, khususnya melibatkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, inisiatif itu selaras dengan pengumuman Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat berhubung usaha kerajaan memudahkan pelaksanaan e-Invois dalam kalangan pembayar cukai.

Menurut HASiL, PKPS e-Invois memberi ruang kepada pembayar cukai untuk tampil secara sukarela mengemas kini maklumat, membuat semakan serta pembetulan terhadap keperluan pengeluaran e-Invois tanpa dikenakan sebarang penalti, sekali gus menyokong agenda pendigitalan operasi perniagaan.

“Program itu ditawarkan kepada tiga kategori pembayar cukai, iaitu mereka yang telah melaksanakan e-Invois mengikut garis masa ditetapkan tetapi tidak mengemukakan e-Invois sepenuhnya bagi transaksi tertentu.

“Pembayar cukai yang telah mengemukakan e-Invois namun terdapat kesilapan atau maklumat tidak mematuhi spesifikasi serta syarat ditetapkan; dan pembayar cukai yang tidak mengemukakan e-Invois bagi mana-mana tempoh bermula daripada tarikh pelaksanaan mandatori sistem berkenaan,” katanya.

Menurut HASil, embayar cukai perlu memastikan pengakuan sukarela yang dibuat melalui pengemukaan e-Invois adalah betul dan teratur mengikut Garis Panduan Umum serta Garis Panduan Spesifik e-Invois.

Dalam masa sama, katanya, kerajaan turut bersetuju mempercepat pemberian insentif cukai kepada pembayar cukai yang mematuhi sepenuhnya pelaksanaan e-Invois.

“Melalui langkah itu, tuntutan penuh elaun modal dalam tempoh satu tahun dibenarkan bagi perbelanjaan pemerolehan kelengkapan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), selain kos pembangunan atau pengubahsuaian perisian komputer yang digunakan bagi tujuan pelaksanaan e-Invois,” katanya.

HASiL berkata, insentif berkenaan dilihat mampu mengurangkan beban pelaburan awal syarikat, terutama PMKS, dalam menyesuaikan operasi mereka dengan sistem e-Invois yang diwajibkan kerajaan.

Sehubungan itu, pembayar cukai yang ingin mendapatkan bantuan atau khidmat nasihat lanjut berhubung pelaksanaan e-Invois boleh berkunjung ke pejabat HASiL, menghubungi Meja Bantuan e-Invois di talian 03-8682 8000 yang beroperasi 24 jam, menggunakan kemudahan MyInvois Live Chat, mengemukakan pertanyaan melalui e-mel myinvois@hasil.gov.my atau mengisi Borang Maklum Balas Pelanggan MyInvois.

Related Posts

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

KUALA LUMPUR – Kementerian Ekonomi sedia meneliti mekanisme baharu bagi meningkatkan ketelusan tawaran gaji bagi memastikan pertumbuhan ekonomi negara diterjemahkan kepada pulangan yang lebih adil kepada pekerja. Menteri Ekonomi, Akmal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

PRESIDEN Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menerusi tulisan terbaharunya bertajuk ‘Penyelesaian Yang Gagal‘ melontarkan kritikan keras terhadap pentadbiran Kerajaan Perpaduan. Kritikan tersebut menggambarkan Pakatan Harapan (PH) sebagai gabungan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit