SELES ke-10 di Kuching perkasa pendidikan bahasa Inggeris pelajar Sarawak

KUCHING – Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn merasmikan Simposium Pendidikan Bahasa Inggeris Sarawak (SELES) Ke-10 di Imperial Hotel pada Rabu.

Simposium bertemakan “From Sarawak to the World: Local Classrooms, Global Opportunities” itu mencerminkan komitmen kerajaan negeri memperkukuh penguasaan bahasa Inggeris bagi melahirkan modal insan berdaya saing pada peringkat global.

Roland berkata, SELES merupakan platform tahunan yang diwujudkan bagi memperkukuh jaringan kerjasama dalam kalangan warga pendidik selain menjadi medan untuk meneroka pendekatan inovatif dalam pengajaran bahasa Inggeris.

“Penganjuran edisi ke-10 ini turut menjadi pencapaian penting dalam usaha berterusan kerajaan Sarawak memperkukuh pembangunan pendidikan.

“Peningkatan penguasaan bahasa Inggeris adalah keutamaan bagi melahirkan generasi berkemahiran tinggi yang bersedia menghadapi keperluan ekonomi serta pasaran pekerjaan antarabangsa,” katanya.

Menerusi simposium itu, para peserta yang terdiri daripada pakar bahasa, ahli akademik, pegawai pendidikan dan guru berpeluang mengikuti sesi pembentangan serta forum ilmiah oleh barisan penceramah tempatan dan antarabangsa.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Dr Annuar Rapaee; dan Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, Dr Les Met.

Hadir sama, Ketua Bahagian Pendidikan Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD), Donald Henry Nohed dan Penolong Pengarah Kanan Sektor Pembelajaran Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, Teresa Rose Gilbert Nyaod.

Related Posts

Tidak mahu Sabah jadi ‘Syurga Scammer’, lulus segera RUU Jenayah Siber langkah tepat

KOTA KINABALU – Senator Datuk Phoong Jin Zhe menegaskan pendirian bahawa Sabah tidak seharusnya menjadi destinasi pelancongan bagi ‘scammer’ antarabangsa sehingga menjejaskan imej negeri. Beliau berkata, ia susulan peningkatan berkaitan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sungai Sedim paling berisiko kes kepala air di Kedah

ALOR SETAR – Laluan air sungai Sedim di Kulim dekat sini dikenal pasti sebagai lokasi paling kerap dilanda kepala air di Kedah apabila lima daripada 11 insiden yang direkodkan sejak…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Manifesto PH demi masa depan terbaik anak-anak Negeri Sembilan

Manifesto PH demi masa depan terbaik anak-anak Negeri Sembilan

PH lancar 10 komitmen dalam manifesto PRN Negeri Sembilan

PH lancar 10 komitmen dalam manifesto PRN Negeri Sembilan

Keupayaan urus Negeri Sembilan bukti PH tidak tampil dengan retorik kosong

Keupayaan urus Negeri Sembilan bukti PH tidak tampil dengan retorik kosong

Tidak mahu Sabah jadi ‘Syurga Scammer’, lulus segera RUU Jenayah Siber langkah tepat

Tidak mahu Sabah jadi ‘Syurga Scammer’, lulus segera RUU Jenayah Siber langkah tepat

Sungai Sedim paling berisiko kes kepala air di Kedah

Sungai Sedim paling berisiko kes kepala air di Kedah

Gangguan monyet cetus cadangan mini zoo di Balung Kokos

Gangguan monyet cetus cadangan mini zoo di Balung Kokos