Jualan Agro MADANI ringankan beban rakyat, bekalan makanan negara terus diperkukuh

SEGAMAT – Sambutan menggalakkan yang diterima pada Program Jualan Agro MADANI membuktikan inisiatif Kerajaan terus mendapat kepercayaan dan manfaat kepada masyarakat.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, program tersebut akan terus diperluaskan ke seluruh negara bagi membantu rakyat mendapatkan barangan keperluan pada harga lebih berpatutan sekali gus meringankan beban kos sara hidup.

“Alhamdulillah, Program Jualan Agro MADANI di Kemelah hari ini berlangsung dengan cukup meriah. Ramai yang hadir membeli dan mengambil peluang mendapatkan barangan keperluan pada harga yang lebih murah.

“Inilah usaha Kerajaan MADANI untuk membantu rakyat menghadapi peningkatan kos sara hidup. Sebab itu program ini diadakan di seluruh negara supaya lebih ramai rakyat dapat menikmati barangan pada harga yang berpatutan,” kongsinya di media sosial hari ini.

Mohamad berkata, kementeriannya akan terus komited memastikan bekalan makanan negara sentiasa mencukupi, stabil dan mudah diperoleh oleh rakyat.

“Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan akan terus bekerja keras memastikan bekalan makanan negara sentiasa mencukupi, stabil dan mudah didapati. Kita mahu rakyat tidak perlu risau tentang bekalan makanan,” katanya.

Beliau turut menegaskan komitmennya untuk memastikan setiap dasar dan program yang dilaksanakan kerajaan benar-benar memberi manfaat kepada rakyat serta meningkatkan kesejahteraan mereka.

Related Posts

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

KUANTAN – Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) akan menggerakkan 17 siri Program MADANI Kita (PMK) di seluruh negara bagi merapatkan jurang komunikasi antara kerajaan dan rakyat di peringkat akar umbi. Menyifatkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sekolah, NGO disaran wujud platform bantuan pengurusan haid remaja

TAWAU – Pihak sekolah atau badan bukan kerajaan (NGO) digalakkan mewujudkan saluran bantuan berkaitan pengurusan haid perlu bagi memastikan remaja atau pelajar perempuan khususnya daripada keluarga berpendapatan rendah mendapat akses…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

Pengampunan bersyarat Najib: Anthony lepas jawatan Menteri Pengangkutan

Pengampunan bersyarat Najib: Anthony lepas jawatan Menteri Pengangkutan

Pengampunan bersyarat Najib tidak ubah status kes 1MDB – SPRM

Pengampunan bersyarat Najib tidak ubah status kes 1MDB – SPRM

Sekolah, NGO disaran wujud platform bantuan pengurusan haid remaja

  • By Fatin
  • September 19, 2026
Sekolah, NGO disaran wujud platform bantuan pengurusan haid remaja

PKR Perlis tawar bantuan guaman kepada keluarga murid didakwa mangsa buli

PKR Perlis tawar bantuan guaman kepada keluarga murid didakwa mangsa buli

Wanita hamil, kanak-kanak antara 36 warga Indonesia ditahan cuba lolos secara haram

Wanita hamil, kanak-kanak antara 36 warga Indonesia ditahan cuba lolos secara haram