Adam Adli yakin Arthur mampu pertahan Bukit Batu berasaskan khidmat, kerja keras

KULAI – Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Batu, Arthur Chiong Sen Sern diyakini mampu mempertahankan kerusi berkenaan berdasarkan rekod khidmat dan pendekatan rendah diri sepanjang tempoh sebagai wakil rakyat.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Adam Adli Abdul Halim berkata, Arthur tidak seharusnya dilihat hanya sebagai calon yang dipilih PH, sebaliknya perlu dinilai berdasarkan jasa serta kerja kerasnya kepada penduduk kawasan itu.

Beliau berkata, Arthur yang juga penyandang kerusi DUN Bukit Batu tidak pernah mengambil mudah kedudukannya, malah terus turun padang bertemu rakyat bagi memahami keperluan mereka.

“Beliau tidak datang dengan sikap bahawa dirinya sudah biasa di sini atau pasti menang. Tidak pernah. Setiap langkah dianggap sebagai peluang untuk belajar dan mengenali lebih ramai penduduk Bukit Batu.

“Itu sikap yang kita mahu tonjolkan. Biar beliau menang bukan hanya kerana mewakili PH, tetapi kerana jasa, khidmat dan kerja keras sepanjang empat tahun sebagai penyandang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Jelajah Trak Angkatan Muda Keadilan (AMK) di sini, pada Rabu.

Adam Adli yang juga Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi berkata, sikap merendah diri serta kesediaan untuk terus mendengar pandangan rakyat menjadi antara ciri penting yang perlu ada pada seseorang wakil rakyat.

Menurutnya, pengalaman Arthur sebagai penyandang perlu menjadi sandaran utama dalam usaha PH mempertahankan kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Dalam pada itu, Adam Adli berkata, PH yakin mampu mengembalikan kekuatan politiknya di Johor meskipun berdepan dakwaan mengenai kebangkitan semula gelombang biru di negeri itu.

Katanya, jentera PH terus bergerak dari utara hingga selatan Johor dengan semangat yang sama tanpa mengira saiz kawasan atau kekuatan jentera.

“Tidak kira kecil atau besar, ramai atau sedikit, jentera kita besar atau kecil, kita pastikan semangat untuk membawa perubahan itu terus ada.

“Kita sangat yakin harapan kali ini dapat mengembalikan kekuatan asal kita di negeri Johor,” katanya.

Adam Adli berkata, PH tidak mahu menjadikan PRN Johor sebagai medan menabur fitnah atau memberikan janji kosong, sebaliknya mahu menawarkan harapan baharu serta kestabilan politik kepada rakyat.

Beliau turut menyeru pengundi supaya keluar menunaikan tanggungjawab pada hari pengundian bagi memastikan calon yang dipilih benar-benar mendapat mandat rakyat.

Katanya, pemimpin yang dipilih perlu mempunyai sikap kerja keras seperti ditunjukkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terus menjalankan tanggungjawab tanpa mengira masa dan cabaran.

Related Posts

Tidak benar peruntukan Orang Asli dihentikan jika PH menang

CHENNAH – Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke menyangkal dakwaan peruntukan terhadap masyarakat Orang Asli (OA) akan dihentikan sekiranya Pakatan Harapan (PH) terus diberikan mandat. Anthony yang juga calon Pakatan Harapan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Terima kasih Pulai Sebatang’, Haniff Hosman hargai sokongan pengundi dan tekad terus berbakti

PONTIAN – Bekas calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Nageri (DUN) Pulai Sebatang, Haniff Hosman, menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh pengundi yang telah menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dua lelaki warga asing positif dadah ditahan kes curi motosikal

Dua lelaki warga asing positif dadah ditahan kes curi motosikal

Dua pembantu taska direman enam hari bantu siasatan kes ‘dera’ kanak-kanak

Dua pembantu taska direman enam hari bantu siasatan kes ‘dera’ kanak-kanak

Dakwaan AS mahu jatuhkan kerajaan 2014, kenapa Pas baru dedahkan?

Dakwaan AS mahu jatuhkan kerajaan 2014, kenapa Pas baru dedahkan?

SPRM buka kertas siasatan isu kelewatan agihan baja di Kedah

SPRM buka kertas siasatan isu kelewatan agihan baja di Kedah

Kerjasama politik perlu lebih fleksibel selepas PRU

Kerjasama politik perlu lebih fleksibel selepas PRU

Kenapa Pas tidak tinggalkan kedutaan jika benar AS tawar bantuan jatuhkan kerajaan?

Kenapa Pas tidak tinggalkan kedutaan jika benar AS tawar bantuan jatuhkan kerajaan?