Sindiket edar katrij vape berisi furanyl fentanyl tumpas

KANGAR – Taktik sindiket mengedar katrij vape berisi dadah jenis furanyl fentanyl terbongkar selepas polis merampas bahan terlarang bernilai RM34.31 juta dalam beberapa serbuan di Perlis sejak 1 Julai lalu.

Ketua Polis Perlis, Datuk Muhammad Abdul Halim berkata, kejayaan itu bermula selepas Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Arau dan Padang Besar menahan seorang wanita warga Thailand berusia 38 tahun di Kampung Panggas, di sini.

Beliau berkata, pemeriksaan di sebuah stor simpanan barang membawa kepada penemuan 172 kotak mengandungi 75,540 katrij cecair disyaki dadah jenis furanyl fentanyl.

“Hasil pemeriksaan menemukan katrij cecair dadah sebanyak 188.85 liter bernilai RM28.33 juta.

“Katrij vape itu dipercayai berisi cecair dadah berkenaan sebelum dijadikan bahan edaran oleh sindiket terbabit,” katanya.

Menurut Muhammad, susulan tangkapan pertama itu, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis menahan seorang lelaki tempatan berusia 68 tahun di Kampung Guar Musang, Bukit Keteri pada 2 Julai lalu.

Katanya, pemeriksaan lanjut membawa kepada rampasan 35 kotak mengandungi 21,000 katrij cecair dadah jenis sama sebanyak 39.9 liter dengan nilai anggaran RM5.9 juta.

“Serbuan susulan kemudian dijalankan pada 3 Julai lalu di sekitar Ulu Pauh, Arau dan polis menahan seorang lelaki berusia 55 tahun yang dipercayai terbabit dengan sindiket berkenaan.

“Jumlah keseluruhan dadah yang dirampas adalah sebanyak 228.75 liter dengan nilai RM34.31 juta dan rampasan ini boleh merosakkan kira-kira 457,500 pengguna,” ujarnya.

Muhammad berkata, sindiket tersebut dipercayai memilih rumah kampung serta stor simpanan barang sebagai lokasi transit bagi mengaburi mata penguat kuasa sebelum katrij vape berisi dadah itu dihantar ke negara jiran.

Katanya lagi, ujian saringan awal air kencing mendapati suspek ketiga positif dadah jenis tetrahydrocannabinol (THC), manakala dua suspek lain negatif daripada sebarang jenis dadah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan polis masih mengesan seorang lagi suspek yang melarikan diri bagi membantu siasatan.

Related Posts

AS akui Sabah lebih selamat, keyakinan pelancong dijangka melonjak

KOTA KINABALU – Pengiktirafan Amerika Syarikat (AS) terhadap peningkatan tahap keselamatan Sabah dijangka memberi suntikan besar kepada keyakinan pelancong antarabangsa untuk berkunjung ke negeri itu, khususnya menjelang pelaksanaan Visit Sabah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gempa bumi lemah magnitud 3.4 gegar Keningau pagi ini

KENINGAU – Gempa bumi lemah magnitud 3.4 skala richter berlaku di Keningau, Sabah pada pukul 9.31 pagi, pada Khamis. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataannya di Facebook memaklumkan gempa itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Budaya jadikan RCI Tabung Haji ‘kambing hitam’ harus ditegah

Budaya jadikan RCI Tabung Haji ‘kambing hitam’ harus ditegah

Isu peruntukan: SUA KKDW wajar semak fakta, KSP lebih arif – Tunku Nashrul

Isu peruntukan: SUA KKDW wajar semak fakta, KSP lebih arif – Tunku Nashrul

Ringgit dibuka tinggi menjelang pengumuman OPR

Ringgit dibuka tinggi menjelang pengumuman OPR

Muhyiddin tiba di Mahkamah Tinggi sambung bicara kes Jana Wibawa

Muhyiddin tiba di Mahkamah Tinggi sambung bicara kes Jana Wibawa

AS akui Sabah lebih selamat, keyakinan pelancong dijangka melonjak

  • By Ithma
  • September 3, 2026
AS akui Sabah lebih selamat, keyakinan pelancong dijangka melonjak

Gempa bumi lemah magnitud 3.4 gegar Keningau pagi ini

Gempa bumi lemah magnitud 3.4 gegar Keningau pagi ini