JAS kenal pasti punca pembakaran haram dalam ladang di Padang Serai

KULIM – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah mengenal pasti kesan pembakaran haram membabitkan longgokan plastik, baju terpakai dan konkrit sehingga menyebabkan kacau ganggu dan ketidakselesaan penduduk sekitar Padang Serai di sini.

Pengarah JAS Kedah, Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata, pemantauan dibuat hasil aduan pengadu dari kawasan perumahan Taman Puteri yang mengesan pencemaran berkenaan sejak beberapa hari lalu.

Menurutnya, sebanyak 13 aduan bau yang kurang menyenangkan diterima pihak JAS melalui e-Aduan pada 3 dan 4 Julai lalu bermula 9.37 malam hingga 2.30 pagi.

“Siasatan ke kawasan sekitar telah menjumpai beberapa longgokan sisa pembakaran dalam ladang kelapa sawit disyaki buangan plastik, ‘fibreglass’, kertas terpakai, baju-baju terpakai, konkrit dan lain-lain sampah domestik.

“Pengadu memaklumkan terdapat isu pencemaran bau tengik yang berlaku sejak beberapa hari lalu seolah-olah bau dari pembakaran bahan kimia, getah dan plastik seperti bau gas welding. Pengadu juga mendakwa situasi itu menyebabkan kacau ganggu bau busuk yang menyengat hidung sehingga menimbulkan ketidakselesaan penduduk terutamanya pada waktu malam sehingga awal pagi,” katanya.

Beliau berkata, Pasukan Bomba dan Penyelamat Kulim Hi-Tech telah dipanggil untuk membantu memadam saki baki longgokan yang masih berasap.

“Pemantauan dan rondaan diteruskan pada waktu malam di kawasan tersebut bagi menyiasat sama ada terdapatnya penyumbang lain terhadap bau busuk seperti yang dilaporkan sebelumnya.

“Bagaimanapun hasil pemantauan seterusnya mendapati tidak menjumpai punca pencemaran bau busuk lain,” katanya.

Sehingga kini, JAS Kedah masih meneruskan pemantauan di kawasan sama.

“Semua pihak diingatkan supaya tidak sewenang-wenangnya melupuskan apa jua buangan dan melakukan pembakaran terbuka kerana ia mencemarkan alam sekitar serta menyebabkan kacau ganggu kepada orang awam.

“Aduan pelupusan sisa domestik secara haram ini juga dipanjangkan kepada agensi-agensi berkaitan untuk tindakan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, orang awam boleh menyalurkan maklumat dan melaporkan sebarang aktiviti pencemaran di talian 012-4172832 atau talian bebas tol 1-800-88-2727 dan eaduan.doe.gov.my.

Related Posts

Program Cakna Demokrasi Petra Jaya perkasa kepimpinan 62 belia PBB

KUCHING – Seramai 62 peserta sayap Pergerakan Belia Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) menyertai Program Cakna Demokrasi Petra Jaya bagi memperkukuh kefahaman kepemimpinan pada Sabtu lalu. Peserta yang mewakili PBB…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MBM roboh struktur dan bersihkan tapak sampah haram di Eastwood

MIRI – Majlis Bandaraya Miri (MBM) bertindak merobohkan struktur binaan berserta tapak pelupusan sampah haram di kawasan rizab jalan Estet Perindustrian Eastwood pada Selasa. MBM dalam satu kenyataan memaklumkan, tindakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

JAS kenal pasti punca pembakaran haram dalam ladang di Padang Serai

JAS kenal pasti punca pembakaran haram dalam ladang di Padang Serai

MMM jadi mekanisme semakan sebelum tindakan terhadap wartawan – PM

MMM jadi mekanisme semakan sebelum tindakan terhadap wartawan – PM

Kerajaan semak dakwaan kerugian pengusaha stesen minyak – PM

Kerajaan semak dakwaan kerugian pengusaha stesen minyak – PM

Kerajaan perkukuh bantuan, elak golongan layak tercicir hadapi negara menua

Kerajaan perkukuh bantuan, elak golongan layak tercicir hadapi negara menua

PM mahu kelulusan pinjaman usahawan dipercepatkan

PM mahu kelulusan pinjaman usahawan dipercepatkan

Anwar: Isu 3R, tindakan terhadap media antara faktor Malaysia jatuh dalam indeks kebebasan media

Anwar: Isu 3R, tindakan terhadap media antara faktor Malaysia jatuh dalam indeks kebebasan media