Op Hazard serbu stor e-waste haram, 11 warga asing diberkas

SEBERANG PERAI – Polis membongkar sebuah premis yang dipercayai menjalankan aktiviti penyimpanan dan pemprosesan sisa elektronik (e-waste) secara haram menerusi Op Hazard di Lorong Pengkalan Indah, Bukit Tengah di sini, semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Superintenden Norazizi Saad berkata, operasi bersepadu kira-kira pukul 11.55 pagi itu dijalankan bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Pulau Pinang serta Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP).

Menurutnya, pemeriksaan mendapati premis terbabit dijadikan stor penyimpanan dan pemprosesan bahan e-waste dengan anggaran rampasan bernilai jutaan ringgit.

“Pemeriksaan lanjut oleh JAS menemukan 80 blok padat sisa elektronik (e-waste pressed blocks) serta lapan beg jumbo yang mengandungi komponen komputer dan papan induk (motherboard).

“Sampel bahan berkenaan telah diambil untuk tujuan analisis dan pengesahan di bawah kod buangan terjadual, manakala kes disiasat mengikut Seksyen 18(1) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974,” katanya di sini, hari ini.

Dalam operasi sama, polis menahan 11 warga asing berusia antara 26 hingga 59 tahun bagi membantu siasatan.

“Siasatan awal mendapati 10 daripada mereka disyaki melanggar syarat pas, manakala seorang lagi dipercayai tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah,” katanya.

Related Posts

Sabah sasar hab tenaga hijau serantau, rancang agenda Beyond SMJ 2.0

KOTA KINABALU – Sabah berpotensi menjadi hab tenaga hijau serantau menerusi pembangunan Ocean Thermal Energy Conversion (OTEC) di bawah agenda Blue Economy, sekali gus menyokong hala tuju pembangunan jangka panjang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sabah percepat reformasi pentadbiran, kerjasama Persekutuan-Negeri demi lonjak pembangunan SMJ 2.0

KOTA KINABALU – Kerajaan Negeri Sabah memperkukuh agenda reformasi pentadbiran dengan mempercepat proses kerja, mengurangkan kerenah birokrasi serta memperkukuh kerjasama strategik bersama Kerajaan Persekutuan. Usaha tersebut bagi memastikan pelaksanaan projek…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Op Hazard serbu stor e-waste haram, 11 warga asing diberkas

Op Hazard serbu stor e-waste haram, 11 warga asing diberkas

Sabah sasar hab tenaga hijau serantau, rancang agenda Beyond SMJ 2.0

Sabah sasar hab tenaga hijau serantau, rancang agenda Beyond SMJ 2.0

Sabah percepat reformasi pentadbiran, kerjasama Persekutuan-Negeri demi lonjak pembangunan SMJ 2.0

Sabah percepat reformasi pentadbiran, kerjasama Persekutuan-Negeri demi lonjak pembangunan SMJ 2.0

Persidangan ICRTH 2026 angkat Miri destinasi pelancongan dunia

Persidangan ICRTH 2026 angkat Miri destinasi pelancongan dunia

Soon Koh bidas Dr Sim umum calon DUN Bawang Assan

Soon Koh bidas Dr Sim umum calon DUN Bawang Assan

Sarawak perkukuh pelancongan bertanggungjawab pacu pembangunan mampan

Sarawak perkukuh pelancongan bertanggungjawab pacu pembangunan mampan