PRN Johor dilihat laluan BN mahu kembali berkuasa

MUAR – Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa gabungan itu diheret masuk ke dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16  kerana ada pihak mahu kembali berkuasa seperti dahulu.

Selain itu, katanya yang juga Perdana Menteri,tindakan BN membubarkan Kerajaan Negeri itu menyebabkan beliau bersama rakan-rakannya terpaksa melalui Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
.
“Pilihan raya tak perlu sekarang, dia (BN) paksa juga. Untuk apa? Sekarang kita dah tahu, sebab mereka rasa mereka cukup kuat nak berkuasa kembali seperti dulu, kemudian tentunya nak bebaskan Datuk Seri Najib.

“Saya, bersama rakan-rakan Pakatan Harapan, diheret terpaksa masuk pilihan raya,” katanya ketika berucap pada ceramah mega PH di Serom, di sini malam ini.

Bagaimanapun, tegas Anwar, PH sebaliknya menyertai PRN Johor ke-16 dengan matlamat mahu memastikan kestabilan politik menerusi kerjasama yang baik antara kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat.

Jelasnya, menerusi kestabilan itu, usaha dapat ditumpukan bagi mengangkat martabat anak-anak bangsa Johor, memandangkan negeri ini serta Malaysia bukan miskin.

“Saya nak jamin negara ini stabil, kerjasama Johor dengan PH, kerajaan persekutuan baik dan kita tumpu angkat martabat anak-anak negeri Johor. Negeri ini bukan miskin. Malaysia bukan miskin,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi PKR itu memaklumkan, pentadbiran kerajaan negeri masih longgar kerana dibelenggu pelbagai masalah yang gagal diselesaikan.

“Apa masalah lagi di negeri Johor? Masalah negeri…negerilah tolong. Buatlah kerjasama projek besar sudah kita buat…apa yang perlu buat di negeri (Johor)?

“Rumah ibadat, surau dan masjid, keberkesanan PBT (pihak berkuasa tempatan) adalah kuasa negeri, rumah rakyat rumah…kos rendah tanah negeri kenalah bagi…kalau banding kepada Kuala Lumpur kenapa kita boleh buat (semua ini)?

“Ini rumah kos rendah bawah kerajaan negeri…robek, buruk tak cat. Selepas ini bagi peluang kepada PH kita ubah semua ini.

“Kita nak tumpu martabat anak-anak Johor. Kita ada pengalaman lalu, kita cuba baiki negeri ini sebaik-baiknya, supaya tiada lagi penduduk miskin tidak terpinggir,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar turut menyifatkan keputusan BN mengadakan PRN Johor kerana mempunyai agenda lebih besar iaitu untuk kembali mengawal dan memerintah negara.

Tegasnya, beliau boleh membenarkan perkara itu berlaku sekiranya BN benar-benar jauh lebih baik daripada PH termasuk dari sudut menghentikan amalan rasuah.

They want to control back the country. Okay. Tapi kalau control untuk apa? Ada dia cerita, we want to have satu negara yang lebih bersih. No corruption. Saya salute. Saya nak lebih bersih daripada Anwar. Saya mahu negara ini tak mahu ada rasuah.

“Kalau much better team (daripada PH) saya salute, silakan. Tapi kalau yang saya kenal (BN), no way! Tak boleh, jahanam ini negeri,” katanya.

Related Posts

Demi undi Melayu, Onn Hafiz sanggup tunggang naratif tidak mahu duduk semeja dengan DAP

PASIR GUDANG – Kenyataan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz tidak mahu duduk semeja dengan DAP sebenarnya bertujuan meraih undi Melayu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Timbalan Pengerusi Pakatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anak perantau Johor diseru balik mengundi – PMX

MUAR – Pakatan Harapan (PH) menyeru anak perantau Johor untuk kembali ke negeri mereka untuk menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi di Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16. Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Norway hantar Brazil balik hasil 2 gol Haaland

Norway hantar Brazil balik hasil 2 gol Haaland

Demi undi Melayu, Onn Hafiz sanggup tunggang naratif tidak mahu duduk semeja dengan DAP

Demi undi Melayu, Onn Hafiz sanggup tunggang naratif tidak mahu duduk semeja dengan DAP

Anak perantau Johor diseru balik mengundi – PMX

Anak perantau Johor diseru balik mengundi – PMX

PRN Johor dilihat laluan BN mahu kembali berkuasa

PRN Johor dilihat laluan BN mahu kembali berkuasa

Pas hilang cita-cita jadi kerajaan, fokus jadi pembangkang tunjuk kemerosotan politik – Suhaizan

Pas hilang cita-cita jadi kerajaan, fokus jadi pembangkang tunjuk kemerosotan politik – Suhaizan

Sambutan pengundi DUN Larkin positif, Suhaizan seru keluar mengundi awal

Sambutan pengundi DUN Larkin positif, Suhaizan seru keluar mengundi awal