Perak catat pertumbuhan ekonomi 5.7 peratus, atasi kadar nasional

IPOH – Perak terus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara negeri berprestasi tinggi apabila merekodkan pertumbuhan ekonomi sebanyak 5.7 peratus pada 2025, mengatasi kadar pertumbuhan ekonomi negara iaitu 5.2 peratus.

Berdasarkan Laporan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Mengikut Negeri 2025 yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), nilai ekonomi Perak meningkat kepada RM91.5 bilion berbanding RM86.6 bilion pada tahun sebelumnya.

Pencapaian itu meletakkan Perak dalam kelompok empat negeri yang mencatat pertumbuhan melebihi paras nasional, sebaris dengan Johor, Pulau Pinang dan Selangor. Malah, Perak turut muncul sebagai penyumbang keenam terbesar kepada KDNK nasional dengan sumbangan 5.3 peratus kepada ekonomi negara.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, pencapaian itu mencerminkan hasil usaha berterusan kerajaan negeri dan semua pihak dalam memperkukuh pelaburan, memperkasa sektor industri serta membina ekosistem ekonomi yang lebih mampan.

Menurut beliau, pertumbuhan itu turut didorong pemerkasaan sektor pelancongan, keusahawanan dan pertanian, selain pelaksanaan pelbagai inisiatif pembangunan strategik yang memberi kesan langsung kepada daya saing ekonomi negeri.

“Pencapaian ini menjadi bukti bahawa Perak berada di landasan yang tepat untuk terus melangkah ke hadapan.

“Kita akan terus bekerja keras memastikan setiap pertumbuhan ekonomi yang dicapai memberi manfaat sebenar kepada rakyat dan membawa negeri ini ke arah Perak yang lebih makmur, maju dan sejahtera,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, dari segi prestasi sektor, pembuatan muncul pemacu utama pertumbuhan apabila berkembang 15.2 peratus, disokong industri peralatan pengangkutan dan automotif.

“Sektor pembinaan pula mencatat pertumbuhan 8.1 peratus, diikuti sektor perkhidmatan sebanyak 3.4 peratus dan pertanian 1.2 peratus,” katanya.

Saarani berkata, prestasi memberangsangkan itu turut disokong pelaksanaan lima projek pembangunan strategik negeri iaitu Automotive High-Tech Valley (AHTV) di Tanjong Malim dan Silver Valley Technology Park (SVTP) di Kanthan.

“Selain itu, Lumut Maritime Industrial City (LuMIC) di Manjung, Kerian Integrated Green Industrial Park (KIGIP) di Kerian dan Perak Halal Industrial Park (Perak HIP) di Lekir.

“Kesemua projek berkenaan dijangka terus memperkukuh ekosistem perindustrian Perak, menarik lebih banyak pelaburan berkualiti tinggi serta mewujudkan peluang pekerjaan bernilai tinggi kepada rakyat,” ujarnya.

Tambahnya, walaupun masih banyak agenda pembangunan yang perlu dilaksanakan, pencapaian semasa membuktikan Perak kini berada pada haluan yang tepat untuk muncul sebagai negeri yang lebih berdaya saing, mampan dan inklusif dari segi ekonomi.

Related Posts

Sindiket tipu warga emas guna tawaran bantuan kebajikan tumpas, tiga beranak ditahan

IPOH – Taktik licik satu sindiket penipuan yang menyasarkan warga emas dengan menyamar sebagai petugas kebajikan akhirnya tumpas apabila tiga sekeluarga diberkas polis dalam serbuan di sebuah pangsapuri di Semenyih,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
DANA Pantas dibuka Ogos ini, RM20 juta bantu 2,000 PMKS Selangor

SHAH ALAM – Permohonan pembiayaan tanpa kadar keuntungan menerusi inisiatif DANA Pantas di bawah Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor Fasa 2 akan dibuka mulai Ogos ini dengan peruntukan keseluruhan RM20…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia terus jadi negara Islam contoh

Malaysia terus jadi negara Islam contoh

‘Dengan izin Allah, akhirnya dapat jumpa Anwar’, mak cik Anipah menangis impian tercapai

‘Dengan izin Allah, akhirnya dapat jumpa Anwar’, mak cik Anipah menangis impian tercapai

Bahan kempen PH DUN Kukup dirosakkan, tindakan vandalisme dikesali

Bahan kempen PH DUN Kukup dirosakkan, tindakan vandalisme dikesali

Sindiket tipu warga emas guna tawaran bantuan kebajikan tumpas, tiga beranak ditahan

Sindiket tipu warga emas guna tawaran bantuan kebajikan tumpas, tiga beranak ditahan

Kerajaan utamakan rakyat dalam subsidi bahan api, industri pelancongan terus diperkukuh – Amir Hamzah

Kerajaan utamakan rakyat dalam subsidi bahan api, industri pelancongan terus diperkukuh – Amir Hamzah

DANA Pantas dibuka Ogos ini, RM20 juta bantu 2,000 PMKS Selangor

DANA Pantas dibuka Ogos ini, RM20 juta bantu 2,000 PMKS Selangor