Tradisi Ngiling Bidai MEITD raikan jasa pegawai, warga kerja baharu

KUCHING – Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak (MEITD) meraikan tradisi penutup Gawai menerusi penganjuran Majlis Ngiling Bidai, Appreciation & Welcome Dinner 2026 pada Jumaat malam.

Acara yang berlangsung di Hilton Kuching itu bukan sekadar mengekalkan tradisi kebudayaan Dayak, malah menjadi platform menghargai jasa pegawai yang bertukar jawatan serta menyambut kehadiran warga kerja baharu ke kementerian tersebut.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn dalam ucapannya menzahirkan penghargaan kepada seluruh warga MEITD atas dedikasi dan profesionalisme mereka.

“kejayaan kementerian dalam memacu agenda pendidikan, inovasi serta bakat di Sarawak bertitik tolak daripada semangat berpasukan dan kerjasama yang ampuh,” katanya.

Pada majlis tersebut, beliau turut merakamkan ucapan selamat maju jaya kepada bekas Timbalan Setiausaha Tetap MEITD, Anielia Siam yang kini memulakan penempatan baharu sebagai Pengarah Jabatan Muzium Sarawak.

Beliau pada masa sama mengalu-alukan pelantikan Caroline Cleophas Joseph sebagai Timbalan Setiausaha Tetap MEITD yang baharu.

Turut diraikan sebagai sebahagian daripada keluarga besar kementerian itu ialah Pegawai Pentadbiran Khas (Penasihat Pendidikan Tinggi), Prof Emeritus Datuk Dr Khairuddin Ab Hamid berserta barisan pegawai baharu yang lain.

Turut hadir isteri menteri, Datin Seri Kelly Rebid; Timbalan Menteri Pendidikan dan Inovasi Sarawak, Datuk Dr Annuar Rapaee; Setiausaha Tetap MEITD, Datuk Adana Jed dan Anielia.

  • Related Posts

    Warga Limbang nikmati akses terus perkhidmatan MOT

    LIMBANG – Pendekatan turun padang menerusi Karnival Mini Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Hari Kerjaya 2026 memudahkan rakyat mendapatkan pelbagai perkhidmatan kerajaan di satu lokasi. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Polis tahan suspek kes liwat, cabul dua pelajar lelaki kolej

    SHAH ALAM – Polis menahan seorang lelaki disyaki terlibat dalam kes liwat dan cabul membabitkan dua pelajar lelaki sebuah kolej di Glenmarie, awal pagi tadi. Ketua Polis Daerah Shah Alam,…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Warga Limbang nikmati akses terus perkhidmatan MOT

    Warga Limbang nikmati akses terus perkhidmatan MOT

    Polis tahan suspek kes liwat, cabul dua pelajar lelaki kolej

    Polis tahan suspek kes liwat, cabul dua pelajar lelaki kolej

    MCMC terima hampir 4,000 aduan pengguna di Pantai Timur Sabah

    MCMC terima hampir 4,000 aduan pengguna di Pantai Timur Sabah

    Bangsa Johor berang bila PRN digunakan untuk bebas Najib

    Bangsa Johor berang bila PRN digunakan untuk bebas Najib

    PNK Kuala Perlis cadang kerajaan wujudkan BUDI Nelayan

    PNK Kuala Perlis cadang kerajaan wujudkan BUDI Nelayan

    Sebab PH lewat keluar manifesto, unjuran Kian Miang jauh tersasar – Fahmi

    Sebab PH lewat keluar manifesto, unjuran Kian Miang jauh tersasar – Fahmi