Mesir singkir Australia menerusi sepakan penalti

MESIR melakar sejarah baharu di pentas Piala Dunia 2026 apabila menewaskan Australia 4-2 menerusi penentuan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 sehingga tamat masa tambahan dalam aksi pusingan 32 terbaik, awal pagi tadi.

Kejayaan itu bukan sahaja mengesahkan kemaraan The Pharaohs ke pusingan 16 terbaik, malah menjadi kemenangan pertama Mesir dalam perlawanan kalah mati sepanjang penyertaan mereka di Piala Dunia.

Mesir bermula garang apabila membuka tirai jaringan seawal minit ke-13 menerusi tandukan Emam Ashour yang memanfaatkan hantaran lintang Karim Hafez.

Gol itu turut mencatat sejarah tersendiri sebagai jaringan ke-250 sepanjang kempen Piala Dunia 2026.

Australia yang diasak sepanjang babak pertama bangkit menyamakan kedudukan pada minit ke-55, namun jaringan tersebut hadir menerusi gol sendiri pertahanan Mesir, Mohamed Hany, yang tertanduk bola ke gawang ketika cuba menyekat sepakan percuma berbahaya Aiden O’Neill.

Ia juga gol sendiri kedua dilakukan Hany dalam kejohanan kali ini.

Kedua-dua pasukan terus berbalas serangan, namun gagal menemui sentuhan penyudah untuk memecahkan kebuntuan sehingga tamat 120 minit permainan.

Dalam penentuan penalti, Mesir mempamerkan ketenangan luar biasa apabila menyempurnakan kesemua sepakan mereka, sementara Australia keciciran selepas dua percubaan gagal disudahkan.

Hossam Abdelmaguid kemudian muncul wira pasukan apabila menyempurnakan sepakan kemenangan yang memastikan Mesir mara dengan keputusan 4-2.

Related Posts

Adeola hadiah emas pertama Malaysia di Sukan Asia Aichi-Nagoya

KOTA KINABALU – Atlet karate negara kelahiran Tambunan, Sabah, Adeola Fay Robert, mencipta sejarah apabila menghadiahkan pingat emas pertama Malaysia pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 di Jepun, hari ini. Atlet…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Skuad United dalam keadaan terlalu lemah

LEGENDA Manchester United, Wayne Rooney menyifatkan skuad The Red Devils ketika ini terlalu lemah selepas kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu mengharungi permulaan musim yang mengecewakan. Rooney berpendapat, pengurusan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar