Projek PAKW perkukuh kesejahteraan warga kota

KUALA LUMPUR  Ibu kota, Kuala Lumpur bakal melangkah lebih hampir menjadi bandar raya bertaraf dunia menerusi pelaksanaan beberapa inisiatif strategik di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

Perkara itu dibincangkan dalam pertemuan strategik antara Menteri Ekonomi, Datuk Seri Akmal Nasrullah Mohd Nasir dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh baru-baru ini.

Kementerian Ekonomi dalam satu kenyataan menyatakan, ia bagi memperkukuh pembangunan ibu negara serta meningkatkan kesejahteraan warga kota.

“Antara agenda utama yang dipersetujui ialah memperkukuh kerjasama Startup City Connect melibatkan Kuala Lumpur dan Hangzhou, China, bagi menghubungkan ekosistem syarikat pemula (startup) di kedua-dua bandar.

“Melalui inisiatif itu, kedua-dua pihak komited memudah cara pergerakan bakat digital, memperluaskan akses kepada pasaran antarabangsa serta memfasilitasi operasi rentas sempadan, sekali gus mengukuhkan kedudukan Kuala Lumpur sebagai hab inovasi dan teknologi serantau,” menurut kenyataan itu.

Selain itu, Kementerian Ekonomi turut mencadangkan Jabatan Wilayah Persekutuan sebagai rakan strategik bagi projek rintis Pendapatan Asas Kehidupan Wajar (PAKW).

Menerusi integrasi data Pangkalan Data Utama (PADU), sistem penentuan kelayakan bantuan sosial akan diperkasakan dengan mengambil kira faktor seperti kos sara hidup sebenar, saiz isi rumah, demografi dan lokaliti, sekali gus membolehkan bantuan disasarkan dengan lebih tepat kepada golongan yang memerlukan.

Pendekatan berasaskan data itu dijangka dapat mengurangkan ralat penyasaran serta memastikan tiada individu atau keluarga yang layak tercicir daripada menerima bantuan.

Kerjasama rentas ini akan merangka dasar yang lebih responsif, berpandukan data dan berorientasikan rakyat.

“Pembangunan negara di bawah RMK13 perlu dilaksanakan secara inklusif dan mampan agar manfaatnya dapat dirasai oleh seluruh lapisan masyarakat, sejajar dengan aspirasi menjadikan Kuala Lumpur sebuah bandar raya bertaraf dunia,” katanya lagi.

Related Posts

Premier Sarawak puji usaha pemerkasaan MA63 jadi komitmen utama kerajaan MADANI

KUCHING – Kerajaan MADANI di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan jaminan dan komitmen berterusan untuk memastikan perancangan pembangunan di negara ini dilaksanakan dengan lebih seimbang. Premier…

Lebih lanjut

teruskan membaca
BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

KERALAM (INDIA) – Malaysia menyertai BRICS bukan untuk berdepan atau menentang mana-mana blok, sebaliknya mahu memainkan peranan dalam usaha membentuk sistem antarabangsa yang lebih adil dan demokratik. Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hari Malaysia 2026: KSU Komunikasi hargai komitmen semua pihak, syukur kelancaran majlis

Hari Malaysia 2026: KSU Komunikasi hargai komitmen semua pihak, syukur kelancaran majlis

Pahang rekod kutipan hasil lebih RM1 bilion untuk tahun kelima

Pahang rekod kutipan hasil lebih RM1 bilion untuk tahun kelima

Kerajaan MADANI perkasa BUDI Diesel demi manfaat pengguna

Kerajaan MADANI perkasa BUDI Diesel demi manfaat pengguna

BUDI MADANI: Kerajaan benar pindah kuota diesel maksimum tiga kenderaan segera

BUDI MADANI: Kerajaan benar pindah kuota diesel maksimum tiga kenderaan segera

Pemberian Khas Sabah, Sarawak dinaikkan kepada RM1.5 bilion – PMX

Pemberian Khas Sabah, Sarawak dinaikkan kepada RM1.5 bilion – PMX

‘Kehilangan ibu ketika berada di penjara hari paling murung buat saya’ – PMX

‘Kehilangan ibu ketika berada di penjara hari paling murung buat saya’ – PMX