Polis giat kesan sekumpulan individu memukul pelajar


TAWAU – Polis sedang giat mengesan semua individu yang terlibat dalam kejadian memukul seorang pelajar lelaki secara beramai-ramai di kawasan Jalan Sri Delima, Merotai Besar, pada Jumaat.

Pemangku Ketua Polis Daerah Tawau, Superintenden Wilynton Enchana Watt berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pukul 8.09 malam sebelum siasatan segera dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah IPD Tawau.

“Hasil siasatan awal mendapati, kejadian berlaku kira-kira pukul 12 tengah hari ketika mangsa berumur 14 tahun bersama tiga orang rakannya sedang berjalan melalui jalan pintas menuju ke Masjid Merotai Besar bagi menunaikan solat Jumaat.

“Semasa dalam perjalanan, mangsa telah didatangi oleh sekumpulan pelajar sekolah yang dikenali olehnya,” katanya dalam kenyataan media, pada Sabtu.



Menurut Wilynton, kumpulan berkenaan dikatakan bertanyakan mengenai keberadaan dua individu sebelum salah seorang daripada mereka bertindak memukul mangsa.

“Tindakan itu kemudiannya diikuti oleh beberapa pelajar lain yang turut menyerang mangsa secara beramai-ramai.

“Dalam kejadian yang sama, tiga orang rakan mangsa turut dipukul oleh kumpulan berkenaan,” tambahnya.

Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kesakitan pada bahagian muka, kepala, dada dan rusuk sebelum tampil membuat laporan polis serta ke Hospital Tawau bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Jelas Wilynton, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian serta tindakan yang sewajarnya terhadap semua individu yang terlibat.

“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Sarjan Chong Fung Mee di talian 013-8840113 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana perbuatan merusuh,” ujarnya.

Polis Daerah Tawau memandang serius sebarang bentuk keganasan atau perbuatan samseng, khususnya yang melibatkan pelajar sekolah.

Orang ramai juga dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan polis.

Related Posts

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

KOTA KINABALU – Program Kampung (Kg) Siaga 221 yang dilaksanakan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) penting dalam meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan komuniti kampung menghadapi kemungkinan berlakunya bencana. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lapan lori, kereta atas tongkang di Kuala Kedah terbakar

ALOR SETAR – Tujuh lori dan sebuah kereta terbakar dalam kejadian di atas sebuah tongkang di Jeti Kargo Kuala Kedah, dekat sini, malam semalam. Kebakaran itu melibatkan lori jenis Isuzu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan