MPKL serah enam gerai pusat penyembelihan ayam baharu di Pasar Awam Banting

BANTING – Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) menyerahkan enam unit gerai di bangunan pusat penyembelihan ayam, Pasar Awam Banting kepada para peniaga sebagai langkah mempertingkatkan kebersihan, keselamatan dan kecekapan operasi penyembelihan ayam di daerah itu.

MPKL dalam satu kenyataan memaklumkan, penyediaan enam unit gerai itu bertujuan membolehkan aktiviti penyembelihan ayam dijalankan dalam persekitaran yang lebih teratur, bersih dan selamat serta mematuhi piawaian kebersihan dan kesihatan yang ditetapkan.

“Melalui penyediaan pusat penyembelihan yang lebih sistematik, operasi penyembelihan ayam dapat dilaksanakan dengan lebih cekap di samping memastikan aspek kebersihan, keselamatan makanan dan kesihatan awam terus diberi keutamaan,” menurut kenyataan itu.

MPKL berharap kemudahan baharu itu dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh para peniaga selain menyokong usaha mewujudkan persekitaran pasar awam yang lebih kondusif, moden dan memenuhi standard pengurusan yang ditetapkan.

Majlis penyerahan kunci disempurnakan Timbalan Setiausaha MPKL, Ts. Syamsol Herwan Ahmad, yang turut dihadiri wakil Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 19, Khairil Izzat Nordin, selain pengarah-pengarah, ketua jabatan MPKL dan para peniaga yang menerima gerai berkenaan.

Related Posts

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

MIRI – Kesemua lima mangsa yang menaiki sebuah helikopter sewa khas bagi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) disahkan maut selepas pesawat berkenaan terhempas di hujung landasan STOLport Long Lellang pada petang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

KUALA PERLIS – Lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar ditinggalkan di dalam sebuah sampan selepas dua lelaki dipercayai tekong dan awak-awak terjun ke kawasan berlumpur sebelum melarikan diri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar