Kerajaan Persekutuan disaran beli perkhidmatan kardiologi hospital swasta – Dr Annuar

NANA MOHAMAD & EVELINE B

SIBU – Kerajaan Persekutuan disaran menggunakan kepakaran dan kemudahan kardiologi di hospital swasta bagi mengelakkan pesakit jantung kritikal terpaksa menunggu masa yang lama untuk mendapatkan rawatan.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Dr Annuar Rapaee berkata, langkah tersebut lebih efisien berbanding membiarkan pesakit berdepan komplikasi berikutan kekangan kapasiti di hospital kerajaan.

“Jika kerajaan tidak mampu menyediakan perkhidmatan segera untuk menampung jumlah pesakit yang ramai, mereka sepatutnya ‘membeli’ perkhidmatan itu daripada pihak swasta demi kelangsungan nyawa rakyat.

“Sebagai contoh, kita sudah mempunyai kemudahan kardiologi swasta di Sibu. Mengapa tidak rujuk pesakit ke sini untuk menjalani prosedur angiogram atau angioplasti koronari supaya rawatan dapat diberikan pada masa yang diperlukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Makmal Kateterisasi (CathLab) dan Perkhidmatan Kardiologi di Rejang Medical Centre (RMC) pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Dr Annuar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka menyifatkan pendekatan tersebut lebih menguntungkan dari sudut ekonomi dalam jangka masa panjang.

Jelasnya, kerajaan tidak perlu menanggung kos perbelanjaan atau penyelenggaraan aset perubatan berteknologi tinggi, selain berupaya mengatasi isu kekosongan jawatan akibat pertukaran kerap pakar perubatan ke tempat lain.

Dalam pada itu, beliau memuji penubuhan CathLab di RMC yang disifatkan sebagai satu pencapaian penting dalam memperkukuh akses perubatan jantung bagi penduduk wilayah tengah Sarawak merangkumi Sibu, Kapit, Sarikei, Mukah dan Kanowit.

Tambahnya, kemudahan perubatan moden itu membolehkan prosedur intervensi koronari perkutaneus primer (PCI) dilaksanakan dengan pantas bagi menyelamatkan pesakit yang diserang sakit jantung secara mengejut.

Turut hadir, ADUN Bukit Assek, Joseph Chieng Jin Ek; Ahli Dewan Negara, Senator Robert Lau Hui Yew; Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS), Clarence Ting Ing Horh; Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Joshua Ting dan Ketua Pegawai Eksekutif RMC, John Tang.

Foto: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Related Posts

Lima lelaki ditahan, hampir 200kg daun ketum dirampas

IPOH – Kegiatan memiliki dan menyimpan daun ketum serta air minuman itu membawa padah apabila lima lelaki tempatan ditahan dalam dua serbuan berasingan di Kerian dan Hilir Perak, pada Isnin…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki hilang cari lembu dalam Hutan Simpan Sementah ditemukan selamat

KUANTAN – Seorang lelaki yang dilaporkan hilang ketika keluar mencari lembu di Hutan Simpan Sementah, Lanchang, Temerloh, semalam, ditemukan selamat petang tadi. Penolong Pengarah (Bahagian Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima lelaki ditahan, hampir 200kg daun ketum dirampas

Lima lelaki ditahan, hampir 200kg daun ketum dirampas

Lelaki hilang cari lembu dalam Hutan Simpan Sementah ditemukan selamat

Lelaki hilang cari lembu dalam Hutan Simpan Sementah ditemukan selamat

Kemajuan pembinaan jalan ke Ulu Lubai bakal beri manfaat besar kepada penduduk

Kemajuan pembinaan jalan ke Ulu Lubai bakal beri manfaat besar kepada penduduk

Tian Chua kini bersedia untuk bertanding semula di Parlimen Batu

Tian Chua kini bersedia untuk bertanding semula di Parlimen Batu

Kualiti udara Malaysia merosot, 287 titik panas serantau dikesan

  • By Aden
  • August 25, 2026
Kualiti udara Malaysia merosot, 287 titik panas serantau dikesan

Naik taraf jalan Sepang dijangka siap pertengahan September

Naik taraf jalan Sepang dijangka siap pertengahan September