Naik taraf jalan Sepang dijangka siap pertengahan September

SEPANG – Kerja penyelenggaraan dan penambahbaikan jalan Persekutuan serta jalan negeri di sekitar Sepang dijangka siap pertengahan September ini, menjelang penganjuran Formula 1 (F1) Gulf Air Bahrain Grand Prix 2026 pada Oktober depan.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu berkata, kerja berkenaan membabitkan peruntukan keseluruhan RM17.5 juta.

Menurutnya, skop kerja merangkumi pembaikan permukaan jalan, penyelenggaraan perabot jalan serta lampu jalan bagi memastikan laluan sekitar Sepang berada dalam keadaan baik sebelum perlumbaan berlangsung.

“Alhamdulillah, hasil daripada penganjuran F1, kita menerima peruntukan lebih awal. Lazimnya, proses mendapatkan peruntukan bergantung kepada kedudukan kewangan negara.

“Jalan-jalan yang sedang dinaik taraf akan siap pada pertengahan September ini,” katanya, selepas Program Semarak Kasih Rasulullah, di sini.

Aiman yang juga Ahli Parlimen Sepang berkata, daripada jumlah itu, RM16 juta diperuntukkan bagi kerja penyelenggaraan Jalan Persekutuan membabitkan laluan FT26, FT27, FT29 dan FT344.

Kerajaan Selangor pula menyediakan RM1.5 juta bagi kerja menaik taraf Jalan Negeri B48 (Jenderam-Sepang).

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata Litar Antarabangsa Sepang (SIC) akan ditutup mulai awal September bagi membolehkan kerja penambahbaikan dijalankan sebelum perlumbaan F1 bermula.

Related Posts

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

KOTA KINABALU – Ketika kanak-kanak lain seusianya bebas bermain tanpa memikirkan apa-apa, satu kejadian ketika berusia empat tahun mengubah kehidupan Nurhadrieyana Paiman.‎‎Insiden tercucuk pensil menyebabkan penglihatan mata kirinya terjejas, sekali…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Berhad (TNB) menjelaskan mekanisme Pelarasan Kos Bahan Api Secara Automatik (AFA) bukan caj tambahan baharu atau sumber keuntungan syarikat, sebaliknya mekanisme dua hala bagi melaraskan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM