Memorandum gesa pengecualian subsidi diesel di Sabah diserah kepada KPDN

KOTA KINABALU – Pelaksanaan dasar subsidi diesel secara menyeluruh tanpa mengambil kira perbezaan geografi, ekonomi dan infrastruktur Sabah didakwa memberi kesan langsung kepada rakyat negeri itu.

Ia sekali gus mencetuskan gesaan supaya Kerajaan Persekutuan mempertimbangkan pendekatan yang lebih bersesuaian dengan realiti tempatan.

Perkara itu dinyatakan dalam memorandum yang diserahkan kepada Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Sabah, Shahril Nizam Shahidin, yang menggesa pengecualian pelaksanaan subsidi diesel di Sabah.

Menurut ADUN Kapayan, Chin Tek Ming, Sabah mempunyai jarak perjalanan yang jauh antara satu kawasan dengan kawasan lain, selain banyak laluan di kawasan pedalaman yang memerlukan penggunaan bahan api lebih tinggi berbanding kawasan bandar.

“Keadaan infrastruktur jalan raya di Sabah masih tidak seragam dan banyak kawasan masih berada dalam keadaan kurang memuaskan.

“Faktor ini menyebabkan penggunaan bahan api meningkat kerana kenderaan perlu beroperasi dalam keadaan jalan yang mencabar, termasuk jalan berbukit, tidak rata serta kawasan yang masih dalam pembangunan,” katanya kepada media, di hadapan Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Negeri Sabah, di sini pada Rabu.

Dalam memorandum sama, beliau berkata, mereka turut memaklumkan sektor perikanan, pelancongan, pengangkutan komuniti serta operasi logistik kecil merupakan antara sektor yang bergantung kepada diesel untuk meneruskan aktiviti harian.

Dalam pada itu, pihaknya turut juga mendakwa pelaksanaan had kuota subsidi diesel sebanyak 200 liter sebulan serta syarat kelayakan yang terhad kepada kenderaan milik individu menimbulkan pelbagai kesan negatif.

Menurut memorandum itu lagi, dasar sedia ada turut didakwa menafikan kelayakan kenderaan milik syarikat yang digunakan bagi operasi sah, selain menyukarkan pengguna luar bandar yang berkongsi atau meminjam kenderaan.

Dalam hujah yang dikemukakan, beliau berpandangan Sabah sebagai antara penyumbang utama kepada industri minyak dan gas negara wajar diberikan pertimbangan khas dalam pelaksanaan dasar subsidi diesel berdasarkan sumbangan ekonomi, faktor geografi dan cabaran infrastruktur negeri itu.

Sehubungan itu, memorandum berkenaan menggesa Kerajaan Persekutuan mempertimbangkan pengecualian pelaksanaan subsidi diesel di Sabah atau mewujudkan skim khas, selain mengiktiraf keperluan penggunaan bahan api yang lebih tinggi di negeri tersebut serta menyemak semula syarat kelayakan subsidi sedia ada.

Katanya lagi, pihaknya turut memohon agar sektor kritikal seperti pengangkutan awam luar bandar, perikanan, pelancongan dan perusahaan kecil diberikan perlindungan supaya tidak terus terkesan dengan pelaksanaan dasar subsidi diesel.

Turut hadir, ADUN Darau, Azhar Matussin, ADUN Api-Api, Loi Kok Liang dan ADUN Luyang, Samuel Wong Tshun Chuen.

Related Posts

CUEPACS Sarawak sokong langkah KPDN batal had jualan diesel demi kesejahteraan guru

KUCHING – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Sarawak menyambut baik keputusan membatalkan arahan kawalan jualan diesel ke atas kenderaan pengangkutan darat di negeri ini.   Pengerusinya yang juga…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerjasama MITA perkukuh potensi Miri sebagai hab edupelancongan

MIRI – Potensi Miri sebagai destinasi edupelancongan bakal diperkukuh menerusi kerjasama strategik bersama Malaysian Inbound Tourism Association (MITA) membabitkan pembangunan pakej pendidikan antara Miri, Bintulu dan Brunei. Timbalan Menteri Pelancongan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

CUEPACS Sarawak sokong langkah KPDN batal had jualan diesel demi kesejahteraan guru

CUEPACS Sarawak sokong langkah KPDN batal had jualan diesel demi kesejahteraan guru

Kerjasama MITA perkukuh potensi Miri sebagai hab edupelancongan

Kerjasama MITA perkukuh potensi Miri sebagai hab edupelancongan

Tiga tekad jadi panduan Rozy bawa perubahan di Buloh Kasap

Tiga tekad jadi panduan Rozy bawa perubahan di Buloh Kasap

Gagal kemuka dokumen pelepasan, kapal tunda ditahan di Perairan Miri

Gagal kemuka dokumen pelepasan, kapal tunda ditahan di Perairan Miri

Maxim Malaysia jayakan Silent Run 5.0 bina jambatan perpaduan komuniti

Maxim Malaysia jayakan Silent Run 5.0 bina jambatan perpaduan komuniti

PDRM Sarawak, PPDB perkasa kerjasama berkas penjenayah rentas sempadan

PDRM Sarawak, PPDB perkasa kerjasama berkas penjenayah rentas sempadan