BUDI Diesel pacu ekonomi mampan, kuota Borneo wajar diperhalusi

KUCHING – Pelaksanaan BUDI Diesel pada harga RM2.10 seliter memberi impak ekonomi positif, namun kerajaan disaran mempertimbangkan kuota subsidi yang lebih tinggi khusus untuk pengguna di Sabah dan Sarawak.  

Penyelaras Program Master Business Administration (MBA) di University of Technology Sarawak (UTS), Dr Abdul Hayy Haziq Mohamad berkata, cadangan tersebut wajar mengambil kira faktor geografi dan jarak perjalanan yang mencabar di kedua-dua wilayah berkenaan. 

Jelas beliau, kenderaan pengangkutan darat terpaksa menanggung kos logistik yang tinggi akibat bentuk muka bumi berbukit, sekali gus memberi kesan langsung kepada rantaian harga barangan akhir yang ditanggung pengguna.  

“Selain itu, komuniti di kawasan pedalaman masih banyak bergantung kepada pengangkutan sungai yang menggunakan bot berenjin diesel.

“Kemudahan tersebut merupakan keperluan asas bagi kelangsungan aktiviti harian seperti menghantar anak ke sekolah serta mengangkut hasil pertanian dan bekalan makanan,” katanya ketika dihubungi oleh Wartawan The Malaysia Press (TMP) pada Rabu.  

Menurut beliau, pendekatan (pemberian kuota tambahan) itu bukan bertujuan memperluaskan subsidi secara menyeluruh, tetapi memperhalusi subsidi bersasar dengan mengambil kira keperluan penggunaan sebenar.

“Langkah sedemikian akan menjadikan dasar subsidi lebih adil, inklusif dan responsif terhadap perbezaan kos hidup antara wilayah,”

Mengulas mengenai kesan menyeluruh dasar BUDI Diesel, beliau menyifatkannya sebagai satu langkah fiskal yang cekap dalam mengurangkan tekanan kos sara hidup dan kos operasi perniagaan. 

“Penurunan kos bahan api berbanding harga pasaran itu secara tidak langsung berupaya meningkatkan pendapatan boleh guna dan merancakkan ekonomi domestik,” ujarnya. 

Tambahnya lagi, pendekatan subsidi bersasar membantu mengurangkan ketirisan serta penjimatan kewangan negara berikutan penstrukturan semula ini membolehkan sumber disalurkan kembali kepada rakyat melalui sektor kritikal yang memberi pulangan sosial yang besar seperti pendidikan, kesihatan dan perlindungan sosial.

Related Posts

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

IPOH – Sebanyak RM80,000 diperuntukkan bagi melaksanakan tujuh projek menerusi Program Pembolehdayaan Modal Insan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat Perak Sejahtera 2030 Tahun 2026, dalam usaha memperkasa komuniti Orang Kurang Upaya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lima anak Perak ke Kazakhstan, timba ilmu agroekonomi bertaraf antarabangsa

IPOH – Lima anak Perak bakal membawa nama negeri ke persada antarabangsa apabila terpilih mengikuti Program Ijazah Dual Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)–Kazakh National Agrarian Research University (KazNARU) selama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak