Teratak Kasih Tok Nan Miri berwajah baharu, terus santuni pesakit HIV tanpa stigma

MIRI – Pusat sokongan Teratak Kasih Tok Nan Cawangan Miri kini beroperasi di premis baharu bagi memperkukuh sistem perkhidmatan kepada individu yang hidup dengan HIV di wilayah utara Sarawak.

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew berkata, pembukaan semula pusat itu mencerminkan kesungguhan pelbagai pihak dalam memastikan kebajikan komuniti terbabit terus terbela.

Menurutnya, pemindahan operasi tersebut merupakan hasil kerjasama erat antara Kerajaan Sarawak, Yayasan AIDS Malaysia (YAM), pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta rakan korporat untuk memperluas akses rawatan dan sokongan.

“Usaha menghapuskan AIDS menjelang 2030 memerlukan komitmen berterusan semua pihak.

“Kerajaan, institusi kesihatan, NGO, sektor swasta dan masyarakat perlu berganding bahu bagi memastikan tiada individu tercicir daripada menerima bantuan perubatan yang diperlukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Pembukaan Semula Teratak Kasih Tok Nan Cawangan Miri bersempena dengan sambutan Ngiling Bidai di premis baharu organisasi itu di Lai Pau Garden pada Isnin.

Dalam pada itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau menyifatkan penyediaan kemudahan di premis baharu itu sebagai bukti komitmen ke arah pembinaan masyarakat yang inklusif dan bebas stigma.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Penaung YAM Borneo, Datuk Amar Jamilah Anu serta semua rakan strategik yang berjaya memperkukuh rangkaian perkhidmatan organisasi berkenaan di Kuching, Miri dan Bintulu.

Menyentuh mengenai penganjuran Ngiling Bidai pada majlis yang sama, Sebastian menyeru agar nilai keharmonian dan perpaduan masyarakat pelbagai kaum di negeri ini terus dipelihara.

Turut hadir Setiausaha Kehormat YAM merangkap wakil Majlis AIDS Malaysia, Dr. Zaiton Yahaya berserta barisan wakil agensi kerajaan.

Foto: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Related Posts

Industri pelancongan Sabah perlu diberi pertimbangan khas dalam subsidi diesel bersasar

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan digesa memberi pertimbangan khas kepada industri pelancongan Sabah dalam pelaksanaan subsidi diesel bersasar bagi memastikan kelangsungan operasi pengusaha pelancongan, khususnya di pulau-pulau dan kawasan pedalaman…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sukan Sekolah platform lahir atlet Sabah bertaraf dunia – James Ratib

KOTA MARUDU – Kerajaan Negeri Sabah terus komited memperkukuhkan pembangunan sukan sekolah sebagai platform mencungkil bakat atlet muda serta membentuk generasi yang berdisiplin, berdaya saing dan seimbang selaras dengan aspirasi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pas mencatur kuasa di Johor, punca ketidakstabilan politik akan berlaku

Pas mencatur kuasa di Johor, punca ketidakstabilan politik akan berlaku

Industri pelancongan Sabah perlu diberi pertimbangan khas dalam subsidi diesel bersasar

Industri pelancongan Sabah perlu diberi pertimbangan khas dalam subsidi diesel bersasar

Sukan Sekolah platform lahir atlet Sabah bertaraf dunia – James Ratib

Sukan Sekolah platform lahir atlet Sabah bertaraf dunia – James Ratib

Kejohanan 4×4 Challenge perkasa Ranau sebagai destinasi pelancongan khususnya sukan lasak

Kejohanan 4×4 Challenge perkasa Ranau sebagai destinasi pelancongan khususnya sukan lasak

Usaha perkukuh syiar Islam mualaf Orang Asli Pahang perlu konsisten