MBM digesa bertindak sebelum berlaku insiden di Tebingan Sungai Miri

MIRI – Keadaan lubang pembentung terbuka serta kabel terjuntai di kawasan Miri Waterfront perlu ditangani segera bagi mengelak risiko kemalangan terhadap pengunjung di kawasan berkenaan.

Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Miri, Christopher Jemat Amie berkata, beliau telah meninjau sendiri lokasi tersebut susulan aduan orang ramai berhubung ancaman keselamatan infrastruktur terbabit.

Menurutnya, kecacatan fasiliti itu amat membahayakan pejalan kaki, terutamanya golongan rentan seperti kanak-kanak dan warga emas yang mengunjungi kawasan rekreasi terbabit setiap hari.

“Tebingan Sungai Miri merupakan ikon bandar raya ini serta destinasi pelancongan utama. Justeru, aspek penyelenggaraan kemudahan awam wajib sentiasa berada pada tahap optimum.

“Oleh itu, Majlis Bandaraya Miri (MBM) digesa melaksanakan kerja pembaikan segera serta memberi penjelasan berhubung kelengahan dalam mengatasi masalah infrastruktur berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Tambah Christopher, setiap aduan rakyat berhubung isu penyelenggaraan, kebersihan dan keselamatan kemudahan awam perlu diberi perhatian serius oleh pihak berkuasa tempatan tanpa kompromi sebelum sebarang insiden tidak diingini berlaku.

Dalam pada itu, beliau menzahirkan penghargaan kepada komuniti Miri yang proaktif menyalurkan maklumat berhubung kerosakan kemudahan awam di persekitaran mereka.

Ujarnya, sinergi yang utuh antara masyarakat dengan agensi berkaitan amat penting bagi menzahirkan persekitaran bandar raya yang selamat, bersih serta kondusif untuk dihuni mahupun dilawati pelancong.

Related Posts

Teratak Kasih Tok Nan Miri berwajah baharu, terus santuni pesakit HIV tanpa stigma

MIRI – Pusat sokongan Teratak Kasih Tok Nan Cawangan Miri kini beroperasi di premis baharu bagi memperkukuh sistem perkhidmatan kepada individu yang hidup dengan HIV di wilayah utara Sarawak. Timbalan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Maharani Energy Gateway mampu jadi pemangkin ekonomi Johor – Taqiuddin Cheman

MUAR – Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.15 Maharani, Taqiuddin Cheman, menegaskan bahawa pembangunan projek mega Maharani Energy Gateway berpotensi mengubah landskap ekonomi Johor dengan mewujudkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Teratak Kasih Tok Nan Miri berwajah baharu, terus santuni pesakit HIV tanpa stigma

Teratak Kasih Tok Nan Miri berwajah baharu, terus santuni pesakit HIV tanpa stigma

MBM digesa bertindak sebelum berlaku insiden di Tebingan Sungai Miri

MBM digesa bertindak sebelum berlaku insiden di Tebingan Sungai Miri

Paraguay singkir Jerman menerusi penentuan sepakan penalti

Paraguay singkir Jerman menerusi penentuan sepakan penalti

Maharani Energy Gateway mampu jadi pemangkin ekonomi Johor – Taqiuddin Cheman

Maharani Energy Gateway mampu jadi pemangkin ekonomi Johor – Taqiuddin Cheman

TZA dengar sendiri pandangan, harapan penduduk Taman Muda

TZA dengar sendiri pandangan, harapan penduduk Taman Muda

Polis sahkan video pergaduhan di Tuaran rakaman lama

Polis sahkan video pergaduhan di Tuaran rakaman lama