SMAR Nurul Hidayah mercu tanda pembangunan pendidikan Islam masyarakat Orang Asli – Sultan Nazrin

SUNGAI SIPUT – Penubuhan Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) Nurul Hidayah di Kampung Kenang di sini menjadi mercu tanda penting dalam usaha memperkasa pembangunan modal insan serta pendidikan Islam dalam kalangan masyarakat Orang Asli di Perak.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, sekolah yang bermula sebagai pusat pengajian dakwah dan fardu ain itu kini berkembang menjadi institusi pendidikan pertama di negeri ini yang menawarkan kurikulum akademik dan agama secara seragam kepada masyarakat Orang Asli.

Menurut baginda, selepas 32 tahun penubuhannya, SMAR Nurul Hidayah berjaya melakar sejarah sebagai pemangkin perubahan kepada komuniti Orang Asli, khususnya di Kampung Kenang.

“Alhamdulillah, kemudahan pendidikan yang disediakan di sekolah ini telah membantu dan berperanan sebagai pemangkin membawa perubahan kepada masyarakat Orang Asli Kampung Kenang.

“Penubuhan sekolah ini merupakan mercu tanda penting dalam usaha memperkasakan pembangunan modal insan dan pendidikan Islam dalam kalangan masyarakat Orang Asli di negeri Perak,” titah baginda ketika merasmikan SMAR Nurul Hidayah, di sini pada Selasa.

Turut berangkat, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

Hadir sama Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad serta Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Tan Sri Mohd Annuar Zaini.

Sultan Nazrin bertitah, kejayaan mewujudkan sekolah itu membuktikan komitmen berterusan MAIPk dalam memastikan setiap anak tanpa mengira latar belakang dan lokasi geografi mendapat peluang pendidikan yang sama.

Baginda turut menzahirkan penghargaan kepada Allahyarham Ustaz Haji Halimin Abdolah yang mencetuskan idea penubuhan sekolah berkenaan ketika berkhidmat sebagai Penyelia Mubaligh Islam Perak.

Menurut baginda, institusi itu bermula dalam keadaan serba daif di sebuah surau kampung hasil sumbangan wakaf dan semangat gotong-royong masyarakat sebelum berkembang menjadi sebuah kompleks pendidikan yang lengkap dengan sokongan MAIPk, Jabatan Agama Islam Perak serta masyarakat Orang Asli.

“SMAR Nurul Hidayah bukan sahaja melahirkan modal insan berilmu, malah menjadi benteng memelihara akidah, syariat dan akhlak generasi muda,” titah baginda.

Baginda berkata, pencapaian pelajar sekolah itu turut membanggakan apabila sebahagian daripada mereka kembali berkhidmat sebagai pendidik dan pemimpin dalam memajukan komuniti Orang Asli.

Sehubungan itu, baginda berharap kemudahan baharu sekolah berkenaan mampu meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran serta melahirkan lebih ramai generasi Orang Asli yang cemerlang dalam akademik, kukuh pegangan agama, berakhlak mulia dan memiliki semangat kepimpinan tinggi.

SMAR Nurul Hidayah yang ditubuhkan pada 11 Februari 1994 bermula sebagai Sekolah Agama Rakyat Orang Asli Nurul Hidayah sebelum didaftarkan sebagai SMAR Orang Asli pertama di Malaysia pada 9 April 2013.

Kini, sekolah itu mempunyai 148 pelajar, 18 tenaga pengajar serta dua kakitangan pengurusan dan sokongan.

Foto: Stratcomm

Related Posts

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

GERIK – Enam peserta Ekspedisi Trans Gerah yang dilaporkan hilang ketika merentasi tiga puncak gunung di Banjaran Titiwangsa, disahkan selamat pada petang Isnin. Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Samad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

LAHAD DATU – Jentera Gagasan Rakyat Lahad Datu diseru sentiasa berada dalam keadaan siap siaga dan turun padang mendekati masyarakat sebagai persediaan mendepani Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang. Ketua Bahagian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit