JIM Kedah serbu 10 premis, 42 PATI berjaya diberkas

ALOR SETAR – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kedah menahan seramai 42 pendatang asing tanpa izin (PATI) menerusi operasi penguatkuasaan di 10 premis termasuk kedai makan di sekitar daerah Kota Setar dan Kubang Pasu dekat sini sejak semalam.

Operasi membabitkan serbuan Ops Sapu, Ops Jaja dan Ops Selera itu melibatkan 21 pegawai Unit Tindakan Imigresen, Bahagian Penguatkuasaan JIM negeri hasil risikan serta aduan awam berhubung kehadiran dan aktiviti warga asing di kawasan tersebut.

Menurut JIM Kedah, operasi bermula pukul 10 pagi itu melibatkan pemeriksaan di 10 premis dengan seramai 87 individu terdiri daripada warganegara Malaysia, Myanmar, Vietnam, Bangladesh, Thailand dan Indonesia diperiksa.

“Hasil pemeriksaan mendapati seramai 42 PATI ditahan atas pelbagai kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

“Antara kesalahan dikesan ialah tidak memiliki pas atau permit sah untuk berada di Malaysia, tinggal melebihi tempoh sah laku pas, menyalahgunakan pas lawatan atau pas kerja, tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah semasa pemeriksaan serta melanggar syarat pas ditetapkan,” katanya.

Katanya, tangkapan membabitkan tujuh lelaki Bangladesh; 15 lelaki dan seorang wanita Indonesia; seorang lelaki dan dua wanita Thailand serta 13 lelaki dan tiga wanita Myanmar yang kesemuanya berusia antara 22 hingga 54 tahun.

“Kesemua yang ditahan dibawa ke Depot Imigresen Belantik untuk tujuan dokumentasi, siasatan dan tindakan lanjut mengikut peruntukan undang-undang, manakala empat Borang Imm.29 (Saman Kepada Saksi) turut dikeluarkan bagi membantu siasatan,” ujarnya.

Related Posts

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

GERIK – Enam peserta Ekspedisi Trans Gerah yang dilaporkan hilang ketika merentasi tiga puncak gunung di Banjaran Titiwangsa, disahkan selamat pada petang Isnin. Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Samad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

LAHAD DATU – Jentera Gagasan Rakyat Lahad Datu diseru sentiasa berada dalam keadaan siap siaga dan turun padang mendekati masyarakat sebagai persediaan mendepani Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang. Ketua Bahagian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit