Maharani Energy Gateway mampu jadi pemangkin ekonomi Johor – Taqiuddin Cheman

MUAR – Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.15 Maharani, Taqiuddin Cheman, menegaskan bahawa pembangunan projek mega Maharani Energy Gateway berpotensi mengubah landskap ekonomi Johor dengan mewujudkan ribuan peluang pekerjaan serta menjadikan Maharani sebagai hab strategik industri minyak dan gas negara.

Menurut beliau, projek yang telah beberapa kali disentuh oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, merupakan antara inisiatif pembangunan berskala besar yang merangkumi hab perdagangan minyak dan gas, pelabuhan laut dalam, kemudahan penyimpanan berpusat, pusat mengisi minyak kapal (bunkering), serta aktiviti penapisan dan pemprosesan.

Katanya, pelaksanaan projek tersebut bukan sahaja akan merancakkan pertumbuhan ekonomi negeri, malah memberi limpahan manfaat secara langsung kepada penduduk tempatan melalui peluang pekerjaan yang berkualiti dan berpendapatan tinggi.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan bahawa kejayaan projek itu turut bergantung kepada penyediaan tenaga kerja mahir yang mampu memenuhi keperluan industri minyak dan gas yang semakin berkembang.

Sehubungan itu, Taqiuddin beriltizam untuk memainkan peranan sebagai penghubung antara kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan bagi memastikan projek Maharani Energy Gateway dapat direalisasikan secepat mungkin demi manfaat rakyat.

Beliau turut mencadangkan agar pembangunan institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) diperkasakan di Johor bagi melahirkan tenaga kerja tempatan yang berkemahiran tinggi, sekali gus membolehkan anak-anak Johor menikmati peluang pekerjaan yang bakal diwujudkan melalui projek tersebut.

Menurutnya, pembangunan ekonomi perlu bergerak seiring dengan pembangunan modal insan supaya rakyat tempatan menjadi penerima manfaat utama daripada setiap pelaburan yang dibawa masuk ke negeri ini.

Mengakhiri kenyataannya, Taqiuddin menyeru pengundi DUN Maharani agar memberikan mandat kepada PH pada Pilihan Raya Negeri Johor bagi membolehkan agenda pembangunan Maharani Energy Gateway direalisasikan.

Beliau menegaskan bahawa sokongan rakyat amat penting bagi memastikan Johor terus melangkah ke hadapan dengan pelaksanaan projek-projek berimpak tinggi yang mampu meningkatkan kesejahteraan ekonomi serta masa depan generasi akan datang.

“Johor Ke Depan, Undilah Pakatan Harapan,” katanya.

Related Posts

Tidak benar peruntukan Orang Asli dihentikan jika PH menang

CHENNAH – Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke menyangkal dakwaan peruntukan terhadap masyarakat Orang Asli (OA) akan dihentikan sekiranya Pakatan Harapan (PH) terus diberikan mandat. Anthony yang juga calon Pakatan Harapan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Terima kasih Pulai Sebatang’, Haniff Hosman hargai sokongan pengundi dan tekad terus berbakti

PONTIAN – Bekas calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Nageri (DUN) Pulai Sebatang, Haniff Hosman, menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh pengundi yang telah menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

  • By Aden
  • September 9, 2026
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

  • By Ezmie
  • September 9, 2026
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan