Juruteknik JANS periksa gangguan bekalan air di Taman Ujana Kingfisher

KOTA KINABALU – Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Mustapha Sakmud membawa pasukan juruteknik daripada Jabatan Air bagi meninjau keadaan di Taman Ujana Kingfisher susulan aduan penduduk yang berdepan gangguan bekalan air berpanjangan.

Salah seorang penduduk yang temui, Josephine Jumin berkata, penduduk taman tidak mengalami masalah gangguan bekalan air sebelum ini walau bagaimanapun ia bermula sejak tahun 2022 dan bertambah teruk pada tahun ini.

“Gangguan bekalan air mula berlaku pada 2022, namun keadaan menjadi lebih buruk pada tahun ini.

“April lalu, kami mengalami gangguan bekalan air selama hampir tiga minggu. Ada masanya sehingga lima hari berturut-turut langsung tiada bekalan air.

“Susulan masalah yang berterusan itu, penduduk Taman Ujana bergabung membuat aduan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud,” katanya ketika ditemui Wartawan TMP, pada Isnin.

Menurutnya, Mustapha telah dua kali turun padang bagi meninjau keadaan di kawasan tersebut selain memberi sokongan kepada usaha penduduk mendapatkan penyelesaian.

Josephine turut mendakwa sepanjang gangguan bekalan air berlaku, tiada bantuan bekalan air dihantar oleh Jabatan Air Negeri Sabah (JANS).

“Kami telah membuat aduan melalui panggilan telefon, namun hanya dimaklumkan bahawa juruteknik akan dihantar. Kami berharap sekurang-kurangnya bekalan air dihantar menggunakan lori tangki ke kawasan perumahan, tetapi perkara itu tidak berlaku,” kongsinya.

Seorang lagi penduduk, Dr Chan Kok Seong berkata, gangguan bekalan air berlaku secara berterusan sepanjang tempoh beliau tinggal di kawasan tersebut.

Jelasnya, dalam tempoh seminggu, penduduk sering berdepan gangguan bekalan air selama beberapa jam setiap hari.

“Pelbagai saluran aduan telah digunakan termasuk melalui talian hotline, e-mel serta hadir sendiri ke JANS namun masalah itu masih belum diselesaikan.

“Kami tidak menerima maklum balas yang memuaskan, malah bekalan air alternatif juga tidak dihantar kepada penduduk ketika gangguan berlaku,” ujarnya.

Related Posts

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

IPOH – Sebanyak RM80,000 diperuntukkan bagi melaksanakan tujuh projek menerusi Program Pembolehdayaan Modal Insan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat Perak Sejahtera 2030 Tahun 2026, dalam usaha memperkasa komuniti Orang Kurang Upaya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lima anak Perak ke Kazakhstan, timba ilmu agroekonomi bertaraf antarabangsa

IPOH – Lima anak Perak bakal membawa nama negeri ke persada antarabangsa apabila terpilih mengikuti Program Ijazah Dual Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)–Kazakh National Agrarian Research University (KazNARU) selama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

Lima anak Perak ke Kazakhstan, timba ilmu agroekonomi bertaraf antarabangsa

Lima anak Perak ke Kazakhstan, timba ilmu agroekonomi bertaraf antarabangsa