PRN Johor: Tiga kertas siasatan dibuka, terima 7 laporan polis

JOHOR BAHRU – Sebanyak tiga kertas siasatan dibuka setakat ini berhubung Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor selepas Hari Penamaan Calon pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, siasatan dijalankan setelah pihaknya menerima tujuh laporan polis berkaitan pelanggaran undang-undang semasa PRN Johor.

“Satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat menggunakan api atau bahan letupan, manakala satu lagi disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan khianat.

“Selain itu, satu lagi kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berkaitan perbuatan atau cubaan melakukan perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut serta penggunaan tidak wajar kemudahan atau perkhidmatan rangkaian,” katanya menerusi kenyataan, pada Isnin.

Dalam pada itu, Ab Rahaman berkata, sehingga kini pihaknya menerima 420 permohonan permit bagi aktiviti kempen dan hanya 414 diluluskan mengikut peruntukan undang-undang yang ditetapkan.

Dalam tempoh sama, beliau menegaskan, sebanyak 191 aktiviti politik berlangsung dan dipantau oleh petugas Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan setiap program mematuhi syarat permit serta berjalan dengan aman dan teratur.

“Secara keseluruhannya, situasi keselamatan sepanjang proses PRN Johor ke-16 berada dalam keadaan aman dan terkawal. Tiada insiden yang boleh menjejaskan ketenteraman awam dilaporkan setakat ini.

“Polis mempergiat pemantauan di platform media sosial dengan kerjasama agensi berkaitan bagi mengesan penyebaran berita palsu, maklumat tidak sahih serta kandungan berunsur hasutan atau provokasi yang boleh mengganggu ketenteraman awam,” katanya.

Related Posts

Lelaki didenda RM10,000 selepas didapati urus niaga diesel tanpa lesen

KOTA KINABALU – Tindakan tegas terhadap kegiatan penyelewengan barang kawalan diteruskan apabila seorang lelaki didenda RM10,000 selepas mengaku bersalah menjalankan urus niaga minyak diesel tanpa lesen sah di bawah penguatkuasaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Catuan bekalan elektrik berjadual di Sabah susulan kekurangan kapasiti penjanaan

KOTA KINABALU – Sabah Electricity Sdn. Bhd. (Sabah Electricity) akan melaksanakan catuan bekalan elektrik secara berjadual di beberapa kawasan di seluruh Sabah berikutan kekurangan kapasiti penjanaan dalam sistem grid negeri.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki didenda RM10,000 selepas didapati urus niaga diesel tanpa lesen

Lelaki didenda RM10,000 selepas didapati urus niaga diesel tanpa lesen

Catuan bekalan elektrik berjadual di Sabah susulan kekurangan kapasiti penjanaan

Catuan bekalan elektrik berjadual di Sabah susulan kekurangan kapasiti penjanaan

Fiesta Rakan Muda wadah bentuk belia progresif, berdaya saing – Royston

Fiesta Rakan Muda wadah bentuk belia progresif, berdaya saing – Royston

Debat politik: Ujian keberanian dan kebijaksanaan seorang pemimpin

Debat politik: Ujian keberanian dan kebijaksanaan seorang pemimpin

Program HASRAT MADANI rapatkan jurang agensi kerajaan dengan komuniti Kanowit

Program HASRAT MADANI rapatkan jurang agensi kerajaan dengan komuniti Kanowit

Kapasiti LRT3 67,000 penumpang sehari, akan bertambah sesuai perancangan – Hasbi

Kapasiti LRT3 67,000 penumpang sehari, akan bertambah sesuai perancangan – Hasbi