Usul 17 kerusi DUN Sarawak tertangguh, Abdul Karim zahir rasa kecewa

KOTA SAMARAHAN – Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah menzahirkan kekecewaan apabila usul penambahan 17 kerusi baharu Dewan Undangan Negeri (DUN) masih belum dibentang di Parlimen.

Susulan kelewatan tersebut, beliau berkata, pertambahan kerusi berkenaan dijangka tidak sempat untuk diguna pakai pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak akan datang berikutan kesuntukan masa.

Menurutnya, pilihan raya tersebut perlu diadakan sebelum penghujung tahun ini.

Beliau juga Ketua Penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak menegaskan, usul berkenaan sepatutnya tidak berdepan masalah kerana ia diluluskan dengan majoriti besar di peringkat DUN Sarawak, namun agak mengecewakan apabila Parlimen masih belum membentangkannya walaupun  bersidang sebanyak tiga kali.

“Perkara ini tidak sepatutnya dipolitikkan kerana ia hanya melibatkan penambahan kerusi di peringkat DUN dan bukannya kerusi Parlimen.

“Oleh yang demikian, ia hanya memerlukan pengesahan dan sokongan pada peringkat Dewan Rakyat untuk dilaksanakan,” katanya.

Terdahulu, mengulas mengenai isu sama, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof menjelaskan bahawa pembentangan usul persempadanan semula itu dijangka tidak dapat dilaksanakan pada tahun ini berikutan kekangan prosedur Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Fadillah berkata, SPR terikat dengan proses perundangan yang memerlukan tempoh panjang, termasuk keperluan mempamerkan penemuan kajian persempadanan semula itu kepada umum bagi memberi ruang kepada rakyat untuk membuat penelitian.

“Selepas pameran, akan ada ruang untuk proses bantahan daripada pihak awam dan sebagainya.

“Jadi, proses dan prosedur itu mungkin tidak sempat untuk memenuhi tempoh (pembentangan) bagi tahun ini. Kemungkinan besar tahun depan baharu usul ini dapat dibawa (ke Parlimen),” ujarnya.

Mengulas lanjut, Fadillah yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya menegaskan bahawa sasaran garis masa pembentangan tertakluk sepenuhnya di bawah bidang kuasa SPR.

Kerajaan tegasnya, menghormati kebebasan suruhanjaya tersebut dan tidak akan mencampuri urusan berkaitan.

“Itu (tarikh pembentangan) bergantung kepada SPR, saya tidak tahu. SPR mempunyai proses dan prosedur mereka sendiri, jadi kita tidak campur urusan SPR,” jelasnya

Foto: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Related Posts

PRN Johor: Tiga kertas siasatan dibuka, terima 7 laporan polis

JOHOR BAHRU – Sebanyak tiga kertas siasatan dibuka setakat ini berhubung Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor selepas Hari Penamaan Calon pada Sabtu lalu. Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hampir 4,500 jemaah mohon insentif Haji Selangor, permohonan dibuka hingga 15 Julai

SHAH ALAM – Hampir 4,500 jemaah haji dari 56 Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor telah mengemukakan permohonan bagi Insentif Haji Muassasah setakat ini, melibatkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM9 juta.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRN Johor: Tiga kertas siasatan dibuka, terima 7 laporan polis

PRN Johor: Tiga kertas siasatan dibuka, terima 7 laporan polis

Usul 17 kerusi DUN Sarawak tertangguh, Abdul Karim zahir rasa kecewa

Usul 17 kerusi DUN Sarawak tertangguh, Abdul Karim zahir rasa kecewa

Hampir 4,500 jemaah mohon insentif Haji Selangor, permohonan dibuka hingga 15 Julai

Hampir 4,500 jemaah mohon insentif Haji Selangor, permohonan dibuka hingga 15 Julai

Gol masa kecederaan bantu Kanada tewaskan Afrika Selatan

Gol masa kecederaan bantu Kanada tewaskan Afrika Selatan

Suruh penyokong undi BN, Pas amalkan politik ‘parasitik strategik’ demi kuasa

Suruh penyokong undi BN, Pas amalkan politik ‘parasitik strategik’ demi kuasa

PRN Johor: Apabila strategi mengatasi prinsip, siapa sebenarnya dapat manfaat?

PRN Johor: Apabila strategi mengatasi prinsip, siapa sebenarnya dapat manfaat?