Budak 6 tahun tertusuk paku, bomba bantu potong kayu

KUALA KRAI – Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun terpaksa mendapatkan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) selepas tapak tangan kanannya tertusuk paku yang masih melekat pada sebatang kayu sepanjang kira-kira satu meter dalam kejadian di sini, Ahad.

Mangsa dikatakan sedang bermain di sebuah rumah kebun sebelum paku pada kayu tangga itu tertusuk pada tapak tangan kanannya, sekali gus menyukarkan rawatan dijalankan di Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP).

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai, Nik Ahmad Afsham Nik Pa berkata, pihaknya menerima panggilan daripada hospital pada jam 12.27 tengah hari bagi membantu memotong kayu yang masih melekat pada tangan mangsa.

“Doktor meminta bantuan bomba kerana kayu berkenaan terlalu panjang sehingga menyukarkan proses rawatan.

“Siasatan awal mendapati paku pada kayu tangga rumah kebun itu tertusuk pada tapak tangan kanan mangsa,” katanya ketika dihubungi.

Nik Ahmad mengulas lanjut, paku berkenaan mengenai mangsa berkemungkinan kayu tersebut tercabut ketika mangsa bermain.

Seramai tujuh anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) Scania dan Emergency Medical Rescue Services (EMRS) dikerahkan ke Unit Kecemasan HSIP Kuala Krai bagi membantu operasi berkenaan.

Anggota bomba kemudian menggunakan gergaji tangan untuk memotong bahagian kayu yang masih melekat pada tangan mangsa.

Operasi mengambil masa kira-kira 10 hingga 15 minit sebelum mangsa diserahkan semula kepada pihak hospital untuk menerima rawatan lanjut.

Foto: Sinar harian

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

KUANTAN – Polis Pahang mengesahkan satu kejadian rompakan berlaku di sebuah kedai emas dalam pusat beli-belah di Genting Highlands dekat Bentong hari ini. Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok