Broadway terus martabat seni tari, pacu pembangunan Miri sebagai hab budaya dunia

MIRI – Pembangunan seni tari dan kelangsungan program pertukaran budaya antarabangsa memainkan peranan penting dalam memperkukuh kedudukan Miri sebagai hab pelancongan dan kebudayaan dunia.

Datuk Bandar Miri, Adam Yii Siew Sang berkata, seni tari yang diangkat sebagai bahasa sejagat mampu menghubungkan masyarakat daripada pelbagai latar belakang, budaya dan negara.

Menurutnya, usaha mempromosikan seni tari secara konsisten bukan sahaja menyumbang kepada kepelbagaian landskap kebudayaan, malah selari dengan aspirasi menjadikan Miri sebagai sebuah bandar raya peranginan antarabangsa yang hijau, pintar dan berdaya huni.

“Selama 14 tahun, Broadway telah memainkan peranan penting dalam mempromosikan pembangunan seni tari serta memperkukuh jaringan pertukaran budaya antarabangsa di sini.

“Penganjuran program seumpama ini merupakan pemangkin penting untuk bandar raya Miri mencapai sasaran sebagai hab bagi sektor kebudayaan, sukan, pendidikan dan pelancongan perubatan,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-14 Broadway, Dance Showcase Exchange dan Afro Latin Dance Conference 2026 di Hotel Meritz pada Ahad malam.

Mengulas lanjut, Adam Yii turut mengetengahkan keunikan Miri yang memiliki pelbagai aset pelancongan bertaraf dunia, antaranya Taman Negara Gunung Mulu dan Taman Negara Niah.

Jelasnya, Gua Niah yang terkenal dengan penemuan peninggalan arkeologi serta lukisan gua yang dianggarkan berusia lebih 60,000 tahun mampu menjadi daya tarikan utama delegasi luar.

“Sarawak yang dihuni oleh 34 kumpulan etnik menjadikan Miri sebagai pintu masuk utama ke wilayah utara negeri ini. Ia menawarkan pengalaman unik kepada pelancong untuk menyaksikan sendiri keharmonian masyarakat majmuk.

“Selain keindahan alam semula jadi, kekayaan biodiversiti marin serta penganjuran acara memancing laut dalam bertaraf antarabangsa turut mengukuhkan Miri sebagai destinasi pelancongan yang kian berkembang pesat,” tambahnya.

Pada majlis tersebut, beliau turut merakamkan ucapan tahniah atas kejayaan penganjuran pelbagai program seni oleh Broadway dan berharap agar acara berprestij itu terus mengangkat nama Miri ke persada antarabangsa.

Related Posts

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

ALOR SETAR – Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) telah menyelesaikan sepenuhnya pembekalan 8,275 tan metrik baja urea bagi kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), lebih awal daripada tempoh ditetapkan. NAFAS memaklumkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

BALING – Taktik sindiket penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi yang memilih lokasi terpencil di sebuah ladang kelapa sawit di Kuala Ketil, di sini gagal apabila kegiatan itu terbongkar pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar