Institusi diraja wajar dijauhkan daripada polemik politik PRN Johor, Negeri Sembilan – Penganalisis

KUALA LUMPUR – Ahli politik diingatkan supaya tidak menjadikan institusi diraja sebagai bahan kempen atau alat untuk mengabsahkan keputusan politik menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN).

Penganalisis sosiopolitik Universiti Malaya (UM), Profesor Datuk Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, ini kerana tindakan itu boleh menjejaskan persepsi rakyat terhadap kedudukan Raja sebagai payung kepada seluruh rakyat.

Katanya, situasi yang berlaku di Johor dan Negeri Sembilan menunjukkan kepentingan memahami sempadan antara politik kepartian dengan sistem raja berperlembagaan, walaupun kedua-dua negeri berdepan isu yang berbeza.

“Di Johor, polemik lebih tertumpu kepada persepsi mengenai dakwaan pengaruh Istana dalam keputusan politik, termasuk pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) dan pemilihan calon.

“Justeru, proses mendapatkan perkenan tidak boleh dianggap sebagai bukti bahawa Istana mencampuri urusan politik atau membuat keputusan bagi pihak kerajaan,” katanya kepada The Malaysia Press (TMP), pada Sabtu.

Bagaimanapun, Dr Awang Azman berkata, dalam sistem raja berperlembagaan, Menteri Besar memang boleh mempersembahkan nasihat bagi pembubaran DUN, namun keputusan itu hanya berkuat kuasa selepas mendapat perkenan Raja.

Mengulas situasi di Negeri Sembilan pula, beliau berkata, keadaan di negeri itu jauh lebih kompleks kerana membabitkan pertikaian dalam struktur Adat Perpatih, hubungan antara Yang di-Pertuan Besar dengan Undang Yang Empat serta kedudukan institusi adat yang memberi kesan kepada landskap politik negeri.

Katanya, pilihan raya hanya menentukan kerajaan yang memperoleh mandat mentadbir negeri, namun tidak semestinya menyelesaikan pertikaian membabitkan institusi adat dan diraja.

“Sebarang penyelesaian memerlukan penghormatan terhadap proses perundangan, mekanisme Adat Perpatih serta institusi Yang di-Pertuan Besar, Undang Yang Empat dan Dewan Keadilan dan Undang,” katanya.

Menurut beliau, isu membabitkan institusi diraja amat sensitif dan mempunyai pengaruh emosi yang besar dalam kalangan rakyat, khususnya pengundi Melayu.

Sehubungan itu, beliau berkata ahli politik perlu memastikan kempen pilihan raya terus tertumpu kepada isu yang benar-benar menyentuh kepentingan rakyat seperti ekonomi, kos sara hidup, peluang pekerjaan, pembangunan dan integriti calon.

“Apabila institusi diraja dikaitkan dengan persaingan politik, tumpuan rakyat boleh beralih daripada isu dasar kepada polemik yang tidak membawa manfaat kepada proses demokrasi,” katanya.

Beliau turut mengingatkan ahli politik supaya mengamalkan disiplin perlembagaan dan disiplin bahasa dalam setiap kenyataan yang dikeluarkan sepanjang tempoh kempen.

Katanya, mereka tidak seharusnya menggunakan nama Raja atau Istana bagi mempertahankan keputusan parti atau kerajaan, selain mengelakkan tuduhan mengenai campur tangan institusi diraja tanpa bukti yang kukuh.

“Sebarang pertikaian berkaitan calon, kepimpinan atau pembahagian kerusi hendaklah diselesaikan melalui saluran parti dan mekanisme perlembagaan, bukannya dengan menyeret institusi diraja ke dalam pertikaian politik.

“Kesetiaan kepada Raja juga tidak wajar dijadikan senjata politik untuk melabel pihak lain sebagai penderhaka. Kesetiaan sebenar ialah mematuhi Perlembagaan, undang-undang dan mengamalkan kesopanan dalam berpolitik.

Tambahnya, ahli politik datang dan pergi manakal kerajaan boleh bertukar, tetapi institusi negara mesti terus dipelihara.

“Peranan ahli politik ialah mendapatkan mandat rakyat melalui proses demokrasi, bukannya menarik institusi diraja ke dalam gelanggang persaingan politik,” katanya.

Related Posts

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

KUALA LUMPUR – Pengiktirafan Hospital Bukit Mertajam (HBM), Pulau Pinang sebagai antara hospital hijau terbaik dunia merupakan pencapaian yang membanggakan negara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menerusi hantaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

PUTRAJAYA – Kes penipuan dalam talian terus mencatatkan angka membimbangkan apabila kerugian dilaporkan mencecah RM958 juta dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, kata Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar