APM perhebat kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana, MADANI KITA perlu diperluas

PORT DICKSON – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) terus memperhebat usaha meningkatkan kesiapsiagaan komuniti dalam menghadapi bencana menerusi pelbagai pengetahuan latihan kepada penduduk yang berisiko menghadapi bencana dan terdedah kepada ancaman keselamatan.

Pegawai APM Daerah Port Dickson, Leftenan Yusri Ahmad berkata, persediaan berkenaan sebagai persediaan awal kepada masyarakat di luar bandar sebelum mereka menerima bantuan daripada agensi keselamatan berhampiran.

Menurut beliau, program komuniti seperti MADANI KITA mampu menjadi platform bagi memastikan masyarakat bukan sahaja memahami risiko bencana, malah mampu bertindak dengan tenang dan mengikut prosedur keselamatan apabila berdepan situasi sebenar.

“Program MADANI KITA dilihat boleh menjadi tempat untuk berkongsi ilmu kesiapsiagaan menghadapi bencana agar mereka tenang dan tahu apa yang perlu dilakukan terlebih dahulu.

“Ketika bencana berlaku, keadaan mangsa berubah sama sekali apabila mereka tidak lagi dapat menjalani kehidupan seperti biasa, walaupun kediaman masih belum ditenggelami air sepenuhnya.

“Ramai yang tidak lagi berasa tenang untuk terus berada di rumah kerana bimbang keadaan menjadi semakin buruk. Sebab itu, peranan APM berusaha memindahkan mereka ke lokasi yang lebih selamat supaya keselamatan dan kebajikan mereka terus terpelihara,” katanya kepada The Malaysia Press (TMP), pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Yusri berkata, pendedahan awal kepada golongan kanak-kanak juga menjadi antara fokus utama kerana mereka merupakan kumpulan yang sering terkesan ketika bencana.

Menurut beliau, melalui latihan dan simulasi, kanak-kanak dapat memahami tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku kecemasan, sekali gus mengurangkan panik serta membantu ibu bapa ketika proses pemindahan.

“Apabila mereka sudah didedahkan dengan ilmu asas, mereka tahu apa yang perlu dilakukan dan lebih bersedia menghadapi situasi bencana tanpa rasa takut atau keliru.

‘Bila berlaku bencana kanak-kanak mereka tahu apa dia nak buat kepada mak, bapak bila ilmu kesiapsiagaan itu ada dalam diri mereka. Itu yang kita pun rasa program seperti ini (MADANI KITA) perlu diperluaskan,” katanya.

Tambahnya, APM sentiasa bersedia bekerjasama dengan mana-mana agensi kerajaan, institusi pendidikan, pertubuhan dan komuniti bagi melaksanakan program perkongsian ilmu berkaitan pengurusan bencana.

“APM sentiasa terbuka untuk turun padang dan berkongsi kepakaran agar lebih ramai rakyat mempunyai kesedaran serta bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Kesiapsiagaan komuniti adalah elemen penting dalam mengurangkan risiko dan impak bencana,” katanya.

Related Posts

Kerajaan MADANI terus utamakan pembangunan Sabah

KOTA KINABALU- Pembangunan infrastruktur pengangkutan di Sabah masih menjadi antara keutamaan Kerajaan MADANI, khususnya dalam usaha merapatkan jurang pembangunan antara Sabah dengan Semenanjung. Ketua Penerangan KEADILAN Sabah, Ahmad Farid Sainuri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PH hanya jawab persoalan Kerajaan BN bukan campuri krisis institusi diraja, adat

SHAH ALAM – Pakatan Harapan (PH) tidak mencampuri urusan pentadbiran Negeri Sembilan, khususnya berkaitan institusi diraja dan adat di negeri itu sebaliknya hanya menjawab persoalan yang dibangkitkan kerajaan Barisan Nasional…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‎‘Lumangad Oku Dika’ juara CLAS16

‎‘Lumangad Oku Dika’ juara CLAS16

Hadiah RM16,500, gelaran Raja Sungai jadi rebutan 26 pasukan di Regatta Krian

Hadiah RM16,500, gelaran Raja Sungai jadi rebutan 26 pasukan di Regatta Krian

CLAS16 platform angkat bakat muzik Sabah ke peringkat lebih tinggi

CLAS16 platform angkat bakat muzik Sabah ke peringkat lebih tinggi

Kerajaan MADANI terus utamakan pembangunan Sabah

Kerajaan MADANI terus utamakan pembangunan Sabah

PH hanya jawab persoalan Kerajaan BN bukan campuri krisis institusi diraja, adat

PH hanya jawab persoalan Kerajaan BN bukan campuri krisis institusi diraja, adat

‘Riuh laung Melayu Islam tapi ketepikan akhlak,  idealisme perjuangan’ – PMX

‘Riuh laung Melayu Islam tapi ketepikan akhlak,  idealisme perjuangan’ – PMX