Kempen Beli Barangan Malaysia dijelma semula sebagai Jom Malaysia

KUALA LUMPUR – Selepas lebih empat dekad diperkenalkan, kempen Beli Barangan Malaysia kini diberi nafas baharu menerusi penjenamaan semula sebagai Jom Beli Produk Malaysia (Jom Malaysia) dalam usaha memperkukuh jenama tempatan serta menyemai semangat patriotisme ekonomi dalam kalangan rakyat.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, transformasi berkenaan bukan sekadar perubahan nama dan logo, sebaliknya melibatkan perubahan menyeluruh terhadap objektif, strategi serta teras gerakan bagi menggalakkan masyarakat mengutamakan produk keluaran tempatan.

Menurutnya, Jom Malaysia akan dijadikan sebagai satu gerakan nasional yang berteraskan nilai sokongan terhadap produk tempatan, khususnya melalui konsep patriotisme ekonomi.

“Ini bukan sekadar perubahan kepada logo atau nama, tetapi melibatkan anjakan kepada objektif, strategi dan teras gerakan untuk memartabatkan produk tempatan.

“Kita mahu menjadikan Jom Beli Produk Malaysia sebagai satu gerakan nasional yang berakar umbi kepada nilai dan semangat patriotisme, khususnya patriotisme ekonomi,” katanya selepas merasmikan Festival Jom Malaysia X Pesta Kita di Pasar Seni, semalam.

Beliau berkata, pelaksanaan gerakan itu akan menggunakan pendekatan whole-of-nation dengan melibatkan kerjasama kementerian, agensi kerajaan, pemain industri, peniaga serta pengguna bagi memastikan usaha memperkukuh penggunaan produk tempatan dapat digerakkan secara menyeluruh.

“Jom Malaysia bukan hanya menyasarkan pengguna tempatan, tetapi turut memberi fokus kepada pelancong dan warga asing sebagai usaha memperkenalkan produk Malaysia ke peringkat antarabangsa,” katanya.

Armizan berkata, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan terus memperkukuh sokongan kepada usahawan tempatan menerusi pelbagai program pemasaran, promosi dan bimbingan secara kerjasama rentas kementerian serta agensi.

Menurutnya, peranan kerajaan bukan sekadar memastikan kestabilan harga barang dan perkhidmatan, tetapi turut membantu meningkatkan pendapatan rakyat melalui usaha memperluas peluang perniagaan sehingga ke pasaran global.

Festival Jom Malaysia X Pesta Kita yang berlangsung di Pasar Seni dari 26 hingga 28 Jun itu melibatkan 123 usahawan dan pempamer dari seluruh negara.

Festival berkenaan menampilkan pelbagai produk serta perkhidmatan buatan Malaysia meliputi sektor makanan dan minuman, fesyen, kraf tangan, produk gaya hidup, kosmetik, teknologi serta industri kreatif.

Ia turut menjadi platform menghubungkan usahawan, pengeluar, peruncit, pemain industri, agensi kerajaan dan pengguna dalam memperkukuh ekosistem produk tempatan.

Related Posts

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

KUALA LUMPUR – Kementerian Ekonomi sedia meneliti mekanisme baharu bagi meningkatkan ketelusan tawaran gaji bagi memastikan pertumbuhan ekonomi negara diterjemahkan kepada pulangan yang lebih adil kepada pekerja. Menteri Ekonomi, Akmal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bekalan bahan api stabil, harga minyak global dijangka kekal tinggi

PUTRAJAYA – Bekalan bahan api Malaysia dijamin mencukupi sehingga akhir tahun ini meskipun paras bekalan global berada pada tahap rendah, kata Penasihat Ekonomi Perdana Menteri, Nurhisham Hussein. Nurhisham yang juga…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bantuan RM400 bukan penyelesaian mutlak masalah pekebun kecil – Anwar

Bantuan RM400 bukan penyelesaian mutlak masalah pekebun kecil – Anwar

Kerja mengisar ikan bertukar tragedi, jari lelaki tersepit mesin

  • By Fandi
  • September 8, 2026
Kerja mengisar ikan bertukar tragedi, jari lelaki tersepit mesin

Tular tambang ECRL 2027, MRL tegaskan kadar belum dimuktamadkan

Tular tambang ECRL 2027, MRL tegaskan kadar belum dimuktamadkan

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data