PM nafi dakwaan sekat MB Johor masuk FELDA

DENGKIL – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak dakwaan kononnya Kerajaan Persekutuan mengeluarkan arahan menghalang Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi daripada memasuki kawasan FELDA.

Anwar berkata, tiada sebarang arahan sedemikian dikeluarkan, sebaliknya urusan Kerajaan Persekutuan di kawasan FELDA hanya tertumpu kepada pelaksanaan projek di bawah bidang kuasanya.

“Arahan (halang Onn Hafiz) tak ada. Kerajaan Persekutuan layan projek Persekutuan.

“Negeri, dia buat kerja negerilah, apa nak riuh-riuh ini buat apa,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Jameatus Solehah, Pekan Dengkil, di sini, hari ini.

Anwar mengulas dakwaan Onn Hafiz yang sebelum ini mendakwa beliau dihalang memasuki kawasan FELDA ketika ingin menghadiri majlis penyerahan geran hak milik kepada peneroka sempena Hari Peneroka FELDA Negeri Johor 2026.

Menurut Onn Hafiz, majlis yang pada asalnya dijadual berlangsung di FELDA Ulu Belitong, Kluang, pada 20 dan 21 Jun lalu terpaksa dipindahkan ke Dewan Dato’ Onn, Taman Sri Lambak, selepas beliau tidak dibenarkan memasuki kawasan tanah rancangan itu.

Dalam ucapannya pada majlis berkenaan, Onn Hafiz berkata, beliau tetap bersyukur kerana masih berpeluang bertemu warga FELDA meskipun program asal tidak dapat diteruskan seperti dirancang.

“Sesungguhnya pada petang ini, saya rasa sangat bersyukur. Bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana walaupun sepatutnya kita berjumpa dua hari lalu, diuji, disekat dan ditekan.

“FELDA ialah anak emas Johor. Berjumpa dengan warga FELDA di 73 tanah rancangan. Berjumpa dengan rakan di kawasan Parlimen Sembrong, FELDA Bukit Tongkat, Ulu Belitong.

Dakwanya, beliau hendak serahkan hak milik peneroka dalam kawasan FELDA tidak dibenarkan masuk dan merupakan pertama kali dalam sejarah hidupnya di Johor, Menteri Besar tak dibenarkan masuk ke kawasan FELDA.

“Ini bukan salah pengurus. Saya ingat kita boleh buat program lain khas untuk menyerahkan hak milik peneroka,” katanya seperti dilaporkan.

Foto: Harian Metro

Related Posts

Anwar dijangka dibenarkan keluar hospital hari ini

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka dibenarkan keluar dari hospital hari ini selepas menjalani rawatan, kata isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Wan Azizah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Strategi pelaburan berdisiplin perkasa kredibiliti, kedudukan TH

PUTRAJAYA – Usaha penstrukturan semula yang dilaksanakan Tabung Haji (TH) sejak beberapa tahun lalu memberi asas yang lebih kukuh kepada institusi itu untuk beroperasi secara mampan demi menjaga kepentingan pendeposit…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Chelsea miliki akademi bola sepak terbaik

Chelsea miliki akademi bola sepak terbaik

Lebih 150 orang awam maut akibat operasi tentera AS di Yaman

Lebih 150 orang awam maut akibat operasi tentera AS di Yaman

Asap dari Kalimantan Barat punca jerebu, tangguh aktiviti luar bilik darjah

Asap dari Kalimantan Barat punca jerebu, tangguh aktiviti luar bilik darjah

Etika berpolitik: Dari politik ketakutan kepada politik penyelesaian

Etika berpolitik: Dari politik ketakutan kepada politik penyelesaian

Integriti Sarawak dipacu ketegasan pantau projek awam dan penyampaian berkesan

Integriti Sarawak dipacu ketegasan pantau projek awam dan penyampaian berkesan

Anwar dijangka dibenarkan keluar hospital hari ini

Anwar dijangka dibenarkan keluar hospital hari ini