Kerajaan percepat pembinaan rumah sewa penjawat awam di tanah kerajaan – PM

DENGKIL – Kerajaan akan mempercepat pembangunan perumahan di atas tanah milik kerajaan bagi menyediakan kediaman sewa pada kadar lebih rendah kepada penjawat awam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, inisiatif itu bertujuan membantu golongan berkenaan berdepan kenaikan kos sara hidup, khususnya peningkatan kadar sewa rumah di beberapa bandar utama.

Katanya, walaupun kerajaan sudah melaksanakan pelarasan gaji penjawat awam, peningkatan kadar sewa di beberapa lokasi menyebabkan sebahagian mereka masih berdepan tekanan kewangan.

“Saya dalam perjalanan hari itu di Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Johor, dan Kuala Lumpur, masalah dihadapi penjawat awam ini serius iaitu kadar sewa meningkat.

“Walaupun kita naikkan gaji mereka di antara 15 (peratus), maksimum 30 peratus, tetapi kadang-kadang kalau di Johor Bahru, di Kuala Lumpur, di Seremban, di Ipoh, tak dapat menampung kadar sewa yang meningkat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Jameatus Solehah, Pekan Dengkil, di sini, hari ini.

Anwar berkata, pembinaan perumahan berkenaan akan dipergiat di kawasan tanah milik kerajaan yang bersesuaian bagi memastikan lebih ramai penjawat awam dapat menikmati kemudahan perumahan pada kadar sewa yang berpatutan.

Katanya, pelaksanaan projek itu sudah dimulakan di Johor Bahru dan akan diperluaskan ke lokasi lain termasuk tanah milik kerajaan di Kuala Lumpur serta kawasan di bawah agensi kerajaan seperti Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Polis Diraja Malaysia.

“Jadi kita sudah melaksanakannya di Johor Bahru, tanah kerajaan di Kuala Lumpur, tanah milik kerajaan sama ada untuk kastam atau polis, sebaik saja ada ruang, kita akan bangunkan perumahan untuk penjawat awam.

“(Langkah itu) bagi mendapatkan sewa yang murah, jadi tidak membebankan keluarga. Ini langkah kita ambil dan akan disegerakan,” katanya.

Related Posts

Anwar dijangka dibenarkan keluar hospital hari ini

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka dibenarkan keluar dari hospital hari ini selepas menjalani rawatan, kata isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Wan Azizah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Strategi pelaburan berdisiplin perkasa kredibiliti, kedudukan TH

PUTRAJAYA – Usaha penstrukturan semula yang dilaksanakan Tabung Haji (TH) sejak beberapa tahun lalu memberi asas yang lebih kukuh kepada institusi itu untuk beroperasi secara mampan demi menjaga kepentingan pendeposit…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Asap dari Kalimantan Barat punca jerebu, tangguh aktiviti luar bilik darjah

Asap dari Kalimantan Barat punca jerebu, tangguh aktiviti luar bilik darjah

Etika berpolitik: Dari politik ketakutan kepada politik penyelesaian

Etika berpolitik: Dari politik ketakutan kepada politik penyelesaian

Integriti Sarawak dipacu ketegasan pantau projek awam dan penyampaian berkesan

Integriti Sarawak dipacu ketegasan pantau projek awam dan penyampaian berkesan

Anwar dijangka dibenarkan keluar hospital hari ini

Anwar dijangka dibenarkan keluar hospital hari ini

Integriti nadi kemakmuran, KSN puji komitmen berterusan Sarawak

Integriti nadi kemakmuran, KSN puji komitmen berterusan Sarawak

Strategi pelaburan berdisiplin perkasa kredibiliti, kedudukan TH

Strategi pelaburan berdisiplin perkasa kredibiliti, kedudukan TH