Penurunan harga diesel hasil kejayaan diplomasi Anwar di Rusia, Turkmenistan

PUTRAJAYA – Penurunan harga diesel bersubsidi yang diumumkan minggu lalu merupakan antara manfaat langsung hasil lawatan kerja Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Rusia dan Turkmenistan, kata Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil.

Beliau berkata, lawatan ke Kazan, Rusia berjaya memeterai perjanjian jaminan bekalan tenaga selama 20 tahun yang meliputi minyak mentah, gas dan diesel, sekali gus memperkukuh keselamatan tenaga negara untuk jangka panjang.

Menurutnya, lawatan ke Ashgabat, Turkmenistan pula menyaksikan Petronas diberikan hak mengurus dan membangunkan dua telaga gas, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara syarikat pengendali gas terbesar di dunia.

“Ini merupakan satu kejayaan yang amat besar. Manfaatnya bukan sahaja kepada Petronas yang telah bertapak di Turkmenistan selama lebih 30 tahun, malah kepada seluruh rakyat Malaysia apabila pulangan daripada pelaburan ini dapat disalurkan semula kepada pembangunan negara,” katanya pada sidang media di Kementerian Komunikasi pada Jumaat.

Fahmi berkata, pencapaian dalam sektor tenaga itu berkait rapat dengan pengumuman Perdana Menteri pada 21 Jun lalu mengenai penurunan harga diesel bersubsidi.

“Daripada dua kejayaan ini, iaitu jaminan keselamatan tenaga negara serta peluang mengurus dan membangunkan antara telaga gas terbesar di dunia, Perdana Menteri turut mengumumkan penurunan harga diesel. Ketiga-tiga perkara ini diyakini akan memberi kesan positif kepada ekonomi rakyat,” katanya.

Mengulas mengenai komitmen kerajaan untuk meningkatkan subsidi dan bantuan tunai pada tahun 2026 di samping meneruskan usaha mengurangkan defisit fiskal, Fahmi berkata perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang dijangka diadakan pada pertengahan Julai.

Sebelum ini, Anwar memaklumkan kerajaan akan meningkatkan peruntukan subsidi dan bantuan tunai pada tahun hadapan, namun pada masa sama kekal komited melaksanakan langkah konsolidasi fiskal bagi memastikan kedudukan kewangan negara terus mampan.

Related Posts

Tun Hasmah diberi penghormatan Istiadat Pengebumian Pembesar Negara

PUTRAJAYA – Allahyarhamah, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali Yang menghembuskan nafas terakhirnya pagi tadi, akan diberi penghormatan Istiadat Pengebumian Pembesar Negara. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemergian Tun Hasmah: Negara kehilangan sosok inspirasi wanita

MENTERI Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek menyifatkan pemergian Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali sebagai kehilangan besar kepada negara, khususnya wanita Malaysia. Beliau yang juga merupakan Ketua Wanita PKR berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bekas Exco Negeri Sembilan mula tiba untuk beri keterangan kepada polis

Bekas Exco Negeri Sembilan mula tiba untuk beri keterangan kepada polis

Tun Hasmah diberi penghormatan Istiadat Pengebumian Pembesar Negara

Tun Hasmah diberi penghormatan Istiadat Pengebumian Pembesar Negara

Ubah stigma petani miskin, Sarawak integrasi teknologi AI dalam pertanian

Ubah stigma petani miskin, Sarawak integrasi teknologi AI dalam pertanian

Sarawak warta 7,000 hektar untuk penanaman padi, sasar geran padanan RM1 bilion

Sarawak warta 7,000 hektar untuk penanaman padi, sasar geran padanan RM1 bilion

Inisiatif Sarawak IFE iktiraf kemahiran 105 peserta luar bilik darjah, pacu laluan kerjaya