PRN Johor: Politik takfiri tidak wajar diberi ruang

PILIHAN Raya Negeri (PRN) Johor sekali lagi menyaksikan isu agama dijadikan sebahagian daripada wacana politik.

Menurut penganalisis politik, Ahmad Mursi berkata, kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa ‘paling utama Johor perlu dikuasai oleh orang Islam, bukan dikuasai puak bukan Islam dan liberal’ telah mengundang pelbagai tafsiran dan kritikan.

Katanya, persoalan utama bukan sekadar mengenai penggunaan istilah ‘liberal’, tetapi bagaimana istilah itu digunakan dalam konteks politik.

“Apabila ‘orang Islam’ dibandingkan dengan ‘bukan Islam dan liberal’, timbul persoalan sama ada golongan Muslim yang dilabel sebagai liberal sedang dipisahkan daripada kelompok Muslim yang dianggap layak memimpin.

“Inilah yang menimbulkan kebimbangan dalam kalangan ramai pemerhati politik dan agama. Walaupun tidak berlaku pengisytiharan seseorang itu kafir secara langsung, bahasa yang digunakan boleh mewujudkan persepsi bahawa terdapat kelompok Muslim yang kurang sah dari sudut agama hanya kerana perbezaan fahaman politik atau pendekatan,” katanya.

Ironinya, beberapa hari sebelum itu, Abdul Hadi sendiri menulis mengenai bahaya budaya kafir-mengkafir dalam kalangan umat Islam.

Dalam tradisi pemikiran Islam, karya Nahnu Du’at La Qudat oleh Hassan al-Hudaybi mengingatkan bahawa tugas pendakwah ialah mengajak manusia kepada agama, bukannya menjadi hakim yang menentukan kedudukan iman seseorang.

“Al-Hudaybi pernah menulis dalam konteks munculnya kecenderungan sebahagian kelompok Islam yang mudah menghukum masyarakat Muslim, pemerintah dan lawan politik sebagai terkeluar daripada Islam.

“Beliau mengingatkan bahawa perbezaan politik atau kelemahan manusia tidak seharusnya menjadi alasan untuk membuka pintu takfir,” ujarnya.

Sejarah politik Malaysia juga pernah menyaksikan polemik berkaitan isu ini.

Amanat Hadi yang disampaikan pada awal 1980-an sering menjadi bahan perbahasan kerana didakwa menyumbang kepada polarisasi politik berasaskan agama.

Menurut Ahmad Mursi, penyokong Pas mempunyai tafsiran tersendiri terhadap amanat tersebut, manakala pengkritiknya berpendapat ia telah menggalakkan budaya saling mempertikaikan keislaman lawan politik.

“Hari ini, walaupun istilah yang digunakan mungkin berubah daripada ‘kafir’, ‘jahiliah’ atau ‘liberal’, persoalan yang sama masih timbul iaitu adakah bahasa politik yang membezakan sesama Muslim berdasarkan kecenderungan politik akhirnya menghakis ukhuwah Islamiah?

“Dalam negara yang masyarakatnya berbilang kaum dan agama, perbezaan politik seharusnya diraikan melalui hujah, dasar dan rekod pentadbiran, bukannya melalui label yang boleh menimbulkan keraguan terhadap identiti atau keimanan seseorang,” ujarnya.

Jelasnya lagi, rakyat berhak memilih mana-mana parti politik.

Namun, pilihan itu sewajarnya dibuat berdasarkan integriti, kecekapan mentadbir, dasar ekonomi, kebajikan rakyat dan komitmen terhadap perpaduan nasional, bukan melalui retorik yang boleh memecah-belahkan masyarakat Islam sendiri.

Politik yang matang ialah politik yang menerima perbezaan pendapat tanpa mempertikaikan keislaman pihak lain.

Perbezaan pandangan politik tidak seharusnya diterjemahkan sebagai perbezaan akidah.

Akhirnya, umat Islam perlu mempertahankan prinsip bahawa urusan menghukum keimanan seseorang bukanlah medan persaingan politik. Demokrasi memerlukan persaingan idea, bukan persaingan menentukan siapa lebih Islam daripada yang lain.

Related Posts

GLIC, GLC perkasa agenda Bumiputera, 10 syarikat disasar tersenarai – Fahmi

PUTRAJAYA – Kerajaan menyasarkan sebanyak 10 syarikat Bumiputera disenaraikan di Bursa Malaysia sepanjang 2026 dan 2027, dengan empat daripadanya dijangka memasuki pasaran saham seawal tahun ini. Jurucakap Kerajaan, Datuk Fahmi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penurunan harga diesel hasil kejayaan diplomasi Anwar di Rusia, Turkmenistan

PUTRAJAYA – Penurunan harga diesel bersubsidi yang diumumkan minggu lalu merupakan antara manfaat langsung hasil lawatan kerja Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Rusia dan Turkmenistan, kata Jurucakap Kerajaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

GLIC, GLC perkasa agenda Bumiputera, 10 syarikat disasar tersenarai – Fahmi

GLIC, GLC perkasa agenda Bumiputera, 10 syarikat disasar tersenarai – Fahmi

Penurunan harga diesel hasil kejayaan diplomasi Anwar di Rusia, Turkmenistan

Penurunan harga diesel hasil kejayaan diplomasi Anwar di Rusia, Turkmenistan

PRN Johor: Politik takfiri tidak wajar diberi ruang

PRN Johor: Politik takfiri tidak wajar diberi ruang

Penurunan harga diesel disokong, cabaran Borneo perlu diberi perhatian – Nizam

Penurunan harga diesel disokong, cabaran Borneo perlu diberi perhatian – Nizam

Kanak-kanak 5 tahun maut jatuh tingkat 24 kondo

Kanak-kanak 5 tahun maut jatuh tingkat 24 kondo

eKYC, algoritma platform digital perlu diperkasa lindungi kanak-kanak – Pakar

eKYC, algoritma platform digital perlu diperkasa lindungi kanak-kanak – Pakar