Malaysia buktikan status negara aman, kini ranking ke-12 dunia

KUALA LUMPUR – Malaysia sekali lagi mencatat rekod tersendiri apabila berada di kedudukan ke-12 negara paling aman daripada 163 negara dalam Indeks Keamanan Global (GPI) 2026, meningkat satu anak tangga daripada tempat ke-13 pada 2025.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pencapaian itu sekali gus meletakkan Malaysia dalam kelompok negara paling aman di rantau Asia bersama-sama Singapura dan Jepun.

“Pengiktirafan ini juga adalah hasil komitmen seluruh pasukan keselamatan, agensi penguatkuasaan serta semua pihak yang tidak pernah berkompromi dalam memelihara keamanan dan ketenteraman negara

“Keamanan bukan sekadar pencapaian, sebaliknya menjadi asas kepada kesejahteraan rakyat, keyakinan pelabur dan pertumbuhan ekonomi negara.,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook.

Saifuddin berkata, Kementerian Dalam Negeri akan terus memperkukuh usaha meningkatkan keselamatan awam, memperkasakan penguatkuasaan undang-undang, memperketatkan kawalan sempadan negara, membanteras jenayah serta memastikan ketenteraman awam sentiasa terpelihara.

“Tahniah dan penghargaan kepada semua anggota pasukan keselamatan, agensi penguatkuasaan serta seluruh rakyat Malaysia yang bersama-sama memainkan peranan dalam memelihara keamanan yang kita kecapi hari ini,” katanya.

Terdahulu GPI meletakkan Singapura di kedudukan kelapan dunia, diikuti Jepun di tangga ke-10 dan Malaysia di tempat ke-12, menjadikan ketiga-tiga negara itu antara yang paling aman di rantau Asia.

Related Posts

338 ladang babi berdaftar pada tahun lalu, berbanding 435 pada 2024 – Mat Sabu

KUALA LUMPUR – Bilangan ladang penternakan babi berdaftar di negara ini menurun kepada 338 pada tahun lalu berbanding 435 ladang yang direkodkan pada 2024. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tinjauan Merdeka Center: Anwar kekal mendahului, 52 peratus rakyat puas hati prestasi Kerajaan

KUALA LUMPUR– Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus mengekalkan kedudukan sebagai pemimpin politik paling mendapat sokongan rakyat apabila mencatat kadar penarafan positif sebanyak 52 peratus, menurut tinjauan terbaharu Merdeka…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRN Johor: Politik takfiri tidak wajar diberi ruang

PRN Johor: Politik takfiri tidak wajar diberi ruang

Penurunan harga diesel disokong, cabaran Borneo perlu diberi perhatian – Nizam

Penurunan harga diesel disokong, cabaran Borneo perlu diberi perhatian – Nizam

Kanak-kanak 5 tahun maut jatuh tingkat 24 kondo

Kanak-kanak 5 tahun maut jatuh tingkat 24 kondo

eKYC, algoritma platform digital perlu diperkasa lindungi kanak-kanak – Pakar

eKYC, algoritma platform digital perlu diperkasa lindungi kanak-kanak – Pakar

Legasi OKT Lawai Melayong: Kisah ‘Lipan Baram’ dan Resolusi Damai Bumi Kenyalang

Legasi OKT Lawai Melayong: Kisah ‘Lipan Baram’ dan Resolusi Damai Bumi Kenyalang

Malaysia buktikan status negara aman, kini ranking ke-12 dunia

Malaysia buktikan status negara aman, kini ranking ke-12 dunia