Kanak-kanak 5 tahun maut jatuh tingkat 24 kondo

BALIK PULAU – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun ditemukan maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkap bilik utama kediamannya di aras 24 sebuah kondominium di Teluk Kumbar di sini, malam tadi.

Mangsa dijumpai oleh orang awam dalam keadaan tidak sedarkan diri di tingkat lima blok perumahan berkenaan, kira-kira pukul 11.30 malam.

Difahamkan, mangsa tinggal bersama bapa dan dua lagi adik beradiknya di kediaman tersebut.

Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang untuk dibedah siasat pagi ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Anuwal Ab Wahab memaklumkan akan mengeluarkan kenyataan media berhubung kejadian berlaku nanti.

Terdahulu, maklumat ringkas dan gambar di lokasi kejadian telah dimuat naik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayan Lepas, Datuk Azrul Mahathir Aziz di Facebooknya pagi tadi.

“Kejadian menyayat hati. Seorang anak lelaki berusia lima jatuh dari rumahnya di tingkat 24 sebuah kondominium.

“Dugaan yang besar untuk keluarga ini. Moga mereka diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran,” tulisnya.

Related Posts

KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

SANDAKAN – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi Markas Pemerintahan Armada Timur dengan kerjasama Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) melaksanakan perpindahan dua kapal, KD Ganas dan KD Serang ke…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

SEREMBAN – Semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Negeri Sembilan diarahkan ditutup mulai esok susulan keadaan jerebu yang melanda negeri itu. Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS)…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan