Anwar tekad terus pertingkat prestasi, tidak leka dengan pujian

DENGKIL – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan beliau akan terus memperbaiki prestasi pentadbiran kerajaan dan tidak akan leka dengan pujian atau penarafan positif yang diterimanya.

Anwar berkata, setiap pengiktirafan yang diberikan perlu dijadikan dorongan untuk bekerja lebih keras demi memastikan agenda pembaharuan dan kebajikan rakyat terus diperkasakan.

“Alhamdulillah, saya dengar cerita-cerita begitu. Alhamdulillah tetapi saya sentiasa sebut dalam semangat islah ma istata’tu, iaitu kita berusaha sedaya upaya untuk terus meningkatkan prestasi.

“Selain itu, rumusan hadis, itqan fil ‘amal… kita sentiasa cuba melakukan yang sebaik mungkin, kerja lebih kuat dan jangan kadang-kadang terkulai dengan pujian-pujian ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Jameatus Solehah, Pekan Dengkil, di sini, hari ini.

Anwar mengulas dapatan tinjauan terbaharu Merdeka Center yang meletakkan beliau sebagai pemimpin politik dengan kadar sokongan tertinggi dalam kalangan responden.

Semalam, media melaporkan tinjauan yang dijalankan antara 12 Mac hingga 9 April lalu itu menunjukkan Anwar memperoleh kadar sokongan sebanyak 52 peratus, mengatasi pemimpin politik lain.

Tinjauan sama turut mendapati 42 peratus pengundi berpandangan Malaysia masih berada di landasan yang betul walaupun berdepan ketidaktentuan global serta cabaran ekonomi.

Selain itu, majoriti responden terus menyokong beberapa cadangan reformasi institusi, termasuk mengehadkan tempoh perkhidmatan Perdana Menteri kepada dua penggal atau 10 tahun, mengasingkan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya serta melaksanakan pemilihan secara langsung bagi jawatan Datuk Bandar Kuala Lumpur.

Related Posts

RCI baharu perlu ditubuh siasat pengurusan, operasi Tabung Haji antara 2021-2025

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) menggesa kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) baharu bagi menyiasat pengurusan dan operasi Lembaga Tabung Haji (TH). Ketika…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penangguhan RCI beri peluang TH laksana syor dicadang, pulihkan organisasi

KUALA LUMPUR – Penangguhan pendedahan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bertujuan memberi peluang kepada Lembaga Tabung Haji (TH) melaksanakan syor yang dicadangkan serta ruang dan masa untuk memulihkan organisasi itu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Majlis Tilawah al-Quran terus semarakkan syiar Islam di Lawas

Majlis Tilawah al-Quran terus semarakkan syiar Islam di Lawas

Lelaki tempatan ditahan, samun wanita, larikan gelang emas

Lelaki tempatan ditahan, samun wanita, larikan gelang emas

Pengeluaran pasport sah lebih 10 tahun dihentikan serta-merta

Pengeluaran pasport sah lebih 10 tahun dihentikan serta-merta

Keluar Dewan masuk TikTok, ini ‘level’ Ahli Parlimen pembangkang?

Keluar Dewan masuk TikTok, ini ‘level’ Ahli Parlimen pembangkang?

PPR Ampar Tenang selamat diduduki, KPKT jawab dakwaan

PPR Ampar Tenang selamat diduduki, KPKT jawab dakwaan

SPR sahkan tiada PRK Parlimen Subang

SPR sahkan tiada PRK Parlimen Subang