Kes bayi jatuh kerusi meninggal: Pengasuh direman 3 hari bermula hari ini

SUNGAI PETANI – Pengasuh yang ditahan berhubung kejadian bayi perempuan 11 bulan yang meninggal dunia semalam selepas terjatuh direman tiga hari untuk membantu siasatan.

Majistret Muhammad Syaiful Akmal Mohamad Razi membenarkan permohonan reman terhadap wanita berusia 30-an itu bermula hari ini sehingga Ahad ini.

Media semalam melaporkan, seorang pengasuh ditahan polis selepas dipanggil untuk membantu siasatan berhubung kematian seorang bayi perempuan berusia 11 bulan ketika dalam jagaannya di Taman Permaipura, Bedong.

Bayi perempuan terbabit disahkan meninggal dunia pada jam 10.42 pagi semalam ketika menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, bapa mangsa menerima panggilan daripada pengasuh terbabit Isnin lalu pada jam 2.15 petang memaklumkan bahawa anaknya itu terjatuh daripada kerusi ketika disuap makan dan tidak sedarkan diri.

Related Posts

KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

SANDAKAN – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi Markas Pemerintahan Armada Timur dengan kerjasama Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) melaksanakan perpindahan dua kapal, KD Ganas dan KD Serang ke…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

SEREMBAN – Semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Negeri Sembilan diarahkan ditutup mulai esok susulan keadaan jerebu yang melanda negeri itu. Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS)…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan