
PUTRAJAYA – Acara KL20 antara komitmen terbaharu Kerajaan bagi memupuk daya saing syarikat pemula atau teknopreneur.
Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata acara itu dijangka akan diadakan pada suku keempat tahun 2026.
βKL20 telah dirangka secara strategik dalam usaha untuk memperkukuh ekosistem syarikat pemula negara bagi memposisikan Malaysia di kedudukan 20 teratas dalam ekosistem syarikat pemula global.
βIa agar syarikat pemula atau teknopreneur boleh berkembang serta berdaya saing bagi melonjakkan pertumbuhan ekonomi,β katanya setelah mempengerusikan mesyuarat persediaan KL20 2026 pada Jumaat.
Akmal berkata berdasarkan laporan Global Startup Ecosystem Report (GSER), penarafan ekosistem syarikat pemula Malaysia melibatkan bandar raya Kuala Lumpur, Georgetown, Johor Bahru dan Kuching.
βKementerian Ekonomi akan memastikan penganjuran acara KL20 dilaksanakan whole-of-Government dengan kolaborasi strategik bersama Kementerian, agensi bagi memastikan ianya lancar dengan penjimatan tetapi tetap memberi impak positif kepada negara,β katanya.






