MyKad generasi baharu dilaksana berfasa, kos dianggarkan RM120 juta setahun

KUALA LUMPUR – Kerajaan menganggarkan perbelanjaan sekitar RM120 juta setahun bagi pelaksanaan MyKad Generasi Baharu, berdasarkan sasaran pengeluaran kira-kira tiga juta keping kad setiap tahun.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, faedah pelaksanaan yang digunakan membolehkan kerajaan membuat pembayaran hanya bagi kad yang berjaya dikeluarkan kepada pemohon, sekali gus memastikan perbelanjaan lebih terkawal dan mengikut keperluan semasa.

“Pelaksanaan MyKad Generasi Baharu dilaksanakan melalui kontrak pembekalan secara ‘pay per issue’, iaitu kerajaan hanya membuat bayaran bagi setiap kad yang berjaya dikeluarkan kepada pemohon,” katanya menerusi jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen.

Beliau menjawab soalan Jalaluddin Alias (BN-Jelebu) yang ingin mengetahui kos keseluruhan projek berkenaan serta sama ada kerajaan bercadang mewajibkan penggantian MyKad sedia ada secara berperingkat, termasuk kesan kewangan kepada rakyat.

Menurut Saifuddin, kerajaan mengambil pendekatan berhati-hati dalam melaksanakan peralihan kepada MyKad Generasi Baharu dan tidak bercadang mewajibkan semua pemegang MyKad sedia ada menukar kad masing-masing dalam tempoh terdekat.

Katanya, MyKad yang digunakan ketika ini masih mempunyai status sah dan boleh digunakan seperti biasa tanpa sebarang keperluan untuk ditukar secara menyeluruh.

Sebaliknya, pengeluaran MyKad Generasi Baharu akan diberi keutamaan kepada kumpulan tertentu, termasuk warganegara yang memohon kad pengenalan buat kali pertama apabila mencapai usia 12 tahun.

Selain itu, penggantian turut melibatkan pemegang Kad Pengenalan Plastik (KPP), Kad Pengenalan Bermutu Tinggi (KPT) serta MyKad Versi 1 yang tidak dilengkapi ciri keselamatan ghost image.

Dalam aspek kos kepada rakyat, beliau menegaskan kerajaan tidak bercadang menaikkan fi permohonan susulan pengenalan teknologi baharu itu.

“Fi yang dikenakan kepada pemohon kekal pada kadar RM10 bagi tujuan pemprosesan permohonan tanpa sebarang kenaikan berikutan pengenalan MyKad Generasi Baharu.

“Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan terus memastikan pelaksanaan MyKad Generasi Baharu dilaksanakan secara berhemah, berfasa dan mengambil kira kepentingan serta kemampuan rakyat,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Saifuddin berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sedang memperkukuh sistem keselamatan dokumen pengenalan diri negara bagi menghadapi cabaran jenayah digital yang semakin kompleks.

Beliau berkata, MyKad Generasi Baharu yang dijadual diperkenalkan secara berfasa mulai tahun ini akan memainkan peranan penting dalam membanteras pemalsuan identiti dan penyalahgunaan maklumat peribadi.

“Pelaksanaan MyKad Generasi Baharu yang akan bermula secara berfasa pada 2026 adalah satu langkah strategik bagi mengekang jenayah pemalsuan identiti serta penipuan digital.

“MyKad Generasi Baharu ini akan dilengkapi dengan 53 ciri keselamatan berbanding hanya 23 ciri keselamatan pada versi sedia ada yang dikeluarkan oleh JPN sejak tahun 2012. Antara ciri keselamatan termasuklah adalah teknologi Turihan Laser (Laser Engraving), Ciri Ultraviolet (UV), Hologram, Guilloche, dan Microtext, Cip dengan Enkripsi Dipertingkatkan, Imbasan Kod QR bagi tujuan penguatkuasaan,” katanya.

Beliau berkata peningkatan jumlah ciri keselamatan itu membolehkan tahap perlindungan identiti rakyat diperkasakan selain membantu agensi penguat kuasa mengesan cubaan pemalsuan dokumen dengan lebih berkesan.

Related Posts

BUDI MADANI: Kerajaan benar pindah kuota diesel maksimum tiga kenderaan segera

KUCHING – Kerajaan MADANI mengumumkan penambahbaikan segera terhadap inisiatif BUDI MADANI bagi penyaluran subsidi diesel (Budi Diesel) dengan membenarkan pemindahan kelayakan sehingga maksimum tiga buah kenderaan berkuat kuasa serta-merta. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemberian Khas Sabah, Sarawak dinaikkan kepada RM1.5 bilion – PMX

KUCHING – Sabah dan Sarawak masing-masing bakal menerima Pemberian Khas interim berjumlah RM1.5 bilion, satu peningkatan ketara yang diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan perkara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan MADANI perkasa BUDI Diesel demi manfaat pengguna

Kerajaan MADANI perkasa BUDI Diesel demi manfaat pengguna

BUDI MADANI: Kerajaan benar pindah kuota diesel maksimum tiga kenderaan segera

BUDI MADANI: Kerajaan benar pindah kuota diesel maksimum tiga kenderaan segera

Pemberian Khas Sabah, Sarawak dinaikkan kepada RM1.5 bilion – PMX

Pemberian Khas Sabah, Sarawak dinaikkan kepada RM1.5 bilion – PMX

‘Kehilangan ibu ketika berada di penjara hari paling murung buat saya’ – PMX

‘Kehilangan ibu ketika berada di penjara hari paling murung buat saya’ – PMX

Bantuan tiket penerbangan RM500: Inisiatif MADANI ringankan beban lebih 7,000 pelajar baharu IPT

Bantuan tiket penerbangan RM500: Inisiatif MADANI ringankan beban lebih 7,000 pelajar baharu IPT

Isu MA63 bukan tuntutan sepihak, ia ‘Waad Nasional’ – PMX

Isu MA63 bukan tuntutan sepihak, ia ‘Waad Nasional’ – PMX