Pemandu mabuk sebabkan kematian, pendakwaan tertakluk kuasa Pendakwa Raya

KUALA LUMPUR – Sebarang pertuduhan jenayah berat terhadap pemandu mabuk yang menyebabkan kematian adalah tertakluk di bawah bidang kuasa Peguam Negara selaku Pendakwa Raya mengikut peruntukan Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, keputusan untuk mendakwa seseorang di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) atau mana-mana peruntukan berkaitan di bawah Kanun Keseksaan dibuat berdasarkan penilaian pihak Pendakwa Raya terhadap fakta dan merit setiap kes.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman web Parlimen bagi menjawab pertanyaan Che Mohamad Zulkifly Jusoh (PN-Besut) berhubung tindakan undang-undang terhadap pemandu mabuk yang mengakibatkan kematian serta usaha memperkukuh pembelaan kepada mangsa dan waris.

Dalam masa sama, Anthony berkata, kerajaan sedang meneliti cadangan pindaan terhadap Akta 333 bagi mewujudkan peruntukan khusus yang membolehkan mahkamah mengarahkan pesalah yang disabitkan atas kesalahan serius membayar pampasan kepada mangsa kemalangan jalan raya atau waris yang sah.

Menurutnya, cadangan itu bertujuan memperkukuh perlindungan terhadap mangsa dan keluarga mereka tanpa menjejaskan hak untuk mengambil tindakan undang-undang lain yang diperuntukkan.

“Oleh itu, terdapat keperluan dasar untuk menambah baik Akta 333 supaya kerangka keselamatan jalan raya negara bukan sahaja memberi penekanan kepada hukuman terhadap pesalah, tetapi turut menyediakan mekanisme pembelaan yang lebih jelas kepada mangsa dan waris.

“Cadangan ini bukan bertujuan untuk menggantikan tindakan sivil, tuntutan insurans atau apa-apa peruntukan undang-undang lain yang tersedia kepada mangsa atau waris, sebaliknya bertujuan mewujudkan punca kuasa khusus di bawah Akta 333 bagi membolehkan mahkamah, dalam prosiding jenayah jalan raya, memerintahkan pesalah membayar pampasan kepada mangsa atau waris yang sah,” katanya.

Anthony berkata, Kementerian Pengangkutan sentiasa menjalankan kajian secara berterusan bagi memastikan hukuman yang dikenakan terhadap pesalah jalan raya kekal setimpal dengan tahap keseriusan kesalahan yang dilakukan.

Katanya, semakan berkala itu juga penting bagi memastikan hukuman yang dikenakan mampu memberikan kesan pencegahan yang lebih berkesan kepada pengguna jalan raya.

“Cadangan pindaan Akta 333 bukan sahaja mengekalkan pendekatan tegas terhadap pesalah jalan raya, tetapi turut memperkenalkan mekanisme pembelaan yang lebih jelas kepada mangsa dan waris,” katanya.

Beliau berkata, cadangan pindaan itu mencerminkan komitmen kerajaan untuk memperkukuh aspek keselamatan jalan raya negara dengan memberi perhatian bukan sahaja kepada hukuman terhadap pesalah, malah kebajikan mangsa dan waris yang terkesan akibat kemalangan.

Related Posts

Krisis Asia Barat: Kerajaan MADANI jamin bekalan bahan api negara kekal stabil

KUCHING – Lonjakan bil subsidi bahan api negara kepada RM4.9 bilion pada April lalu ekoran ketegangan geopolitik di Asia Barat mendesak kerajaan melaksanakan penyasaran subsidi bagi melindungi kestabilan ekonomi rakyat.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MyKad generasi baharu dilaksana berfasa, kos dianggarkan RM120 juta setahun

KUALA LUMPUR – Kerajaan menganggarkan perbelanjaan sekitar RM120 juta setahun bagi pelaksanaan MyKad Generasi Baharu, berdasarkan sasaran pengeluaran kira-kira tiga juta keping kad setiap tahun. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kos logistik boleh diserap, projek berstatus SST diteruskan – Alexander Nanta Linggi

Kos logistik boleh diserap, projek berstatus SST diteruskan – Alexander Nanta Linggi

Laksana pemerkasaan kapasiti sumber air Johor jadi keutamaan Kerajaan, sokong pertumbuhan pusat data

Laksana pemerkasaan kapasiti sumber air Johor jadi keutamaan Kerajaan, sokong pertumbuhan pusat data

BUDI MADANI: LSS, Pejabat Residen urus subsidi diesel penduduk Borneo

BUDI MADANI: LSS, Pejabat Residen urus subsidi diesel penduduk Borneo

Bangladesh tolak permintaan PBB tambah tanah untuk kem Rohingya

Bangladesh tolak permintaan PBB tambah tanah untuk kem Rohingya

Krisis Asia Barat: Kerajaan MADANI jamin bekalan bahan api negara kekal stabil

Krisis Asia Barat: Kerajaan MADANI jamin bekalan bahan api negara kekal stabil

Penyasaran BUDI MADANI: Hentikan polemik kuota, fokus pulangkan dana kepada rakyat

Penyasaran BUDI MADANI: Hentikan polemik kuota, fokus pulangkan dana kepada rakyat