Kelapa pemacu ekonomi Bagan Datuk, sumbang 25 peratus pengeluaran tanaman Perak

BAGAN DATUK – Industri kelapa terus memainkan peranan penting sebagai pemacu ekonomi daerah Bagan Datuk apabila menyumbang kira-kira 25 peratus kepada keseluruhan pengeluaran tanaman negeri Perak.

Perkara itu diketengahkan sempena Karnival Agro Jabatan Pertanian Tahun 2026 yang berlangsung di Dewan Serbaguna Dato’ Haji Abdullah Ahmad, Hutan Melintang, pada Selasa dengan tema ‘Kelapa Nadi Ekonomi Bagan Datuk’.

Karnival berkenaan dirasmikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya yang mewakili Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Negeri Perak.

Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Perak, Norsiyenti Othman berkata, industri kelapa bukan sahaja menjadi sumber pendapatan utama kepada pengusaha dan pekebun, malah turut menyokong pelbagai aktiviti hiliran yang memberi nilai tambah kepada ekonomi setempat.

“Industri kelapa merangkumi rantaian ekonomi yang luas termasuk pemprosesan makanan, penghasilan produk berasaskan kelapa, pemasaran, logistik, agropelancongan dan seni kraf tangan.

“Perkembangan sektor ini bukan sahaja meningkatkan pendapatan pengusaha, malah membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan keusahawanan kepada masyarakat setempat,” katanya.

Menurut beliau, prestasi industri kelapa di Perak terus menunjukkan perkembangan positif apabila pengeluaran meningkat sebanyak 2.4 peratus pada tahun lalu.

“Pada tahun 2025, pengeluaran kelapa negeri Perak mencecah 92,153 tan metrik berbanding 89,998 tan metrik pada tahun sebelumnya.

“Peningkatan ini membuktikan keupayaan industri kelapa untuk terus berkembang secara mampan serta kekal sebagai antara subsektor penting dalam pembangunan pertanian negeri,” katanya lagi.

Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan persekutuan dan negeri melalui Jabatan Pertanian Negeri Perak telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM784,990 kepada Pejabat Pertanian Daerah Bagan Datuk bagi tahun ini untuk memperkukuh pembangunan sektor agromakanan di daerah berkenaan.

Katanya, peruntukan tersebut digunakan bagi melaksanakan pelbagai program pembangunan termasuk Pembangunan Industri Kelapa, Skim Pra-Pensijilan myGAP dan myOrganic, Program Peningkatan Kapasiti Pengeluaran Produk Makanan serta Program Pembangunan Industri Cendawan.

“Kesemua inisiatif ini memberi manfaat secara langsung kepada 134 pengusaha pertanian dan usahawan industri asas tani di daerah Bagan Datuk.

“Ia selaras dengan usaha kerajaan untuk memperkasakan sektor agromakanan serta meningkatkan daya saing pengusaha tempatan,” katanya.

Foto : Jabatan Pertanian Negeri Perak

Related Posts

Bekas kerani syarikat guaman didakwa pecah amanah RM33,827

BALIK PULAU – Bekas kerani sebuah syarikat guaman dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas enam pertuduhan melakukan pecah amanah membabitkan kerugian wang berjumlah RM33,827 antara 2020 hingga…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pelajar IPTS didakwa edar 14.63kg bunga ganja

JITRA – Seorang pelajar sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) berdepan hukuman mati setelah dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini hari ini atas pertuduhan mengedar 14.63 kilogram (kg) kanabis, minggu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ahmad Farhan dilantik Pengerusi PH Pahang

Ahmad Farhan dilantik Pengerusi PH Pahang

Bekas kerani syarikat guaman didakwa pecah amanah RM33,827

Bekas kerani syarikat guaman didakwa pecah amanah RM33,827

Kelapa pemacu ekonomi Bagan Datuk, sumbang 25 peratus pengeluaran tanaman Perak

Kelapa pemacu ekonomi Bagan Datuk, sumbang 25 peratus pengeluaran tanaman Perak

Pelajar IPTS didakwa edar 14.63kg bunga ganja

Pelajar IPTS didakwa edar 14.63kg bunga ganja

Fakta menolak persepsi: Lonjakan daya saing global

Fakta menolak persepsi: Lonjakan daya saing global

Kemalangan 10 kenderaan, polis siasat dakwaan pemandu diserang sawan

Kemalangan 10 kenderaan, polis siasat dakwaan pemandu diserang sawan