RTP DUN Kalaka sedia peruntukan RM50,000 naik taraf Surau Darul Muafiqin

SARATOK – Penduduk luar bandar di Sarawak kini bakal menikmati pembangunan infrastruktur seimbang dan setanding dengan kawasan bandar hasil pelaksanaan Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 2030 (PCDS 2030).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata, komitmen kerajaan Sarawak dibuktikan menerusi pelaksanaan pelbagai projek di bawah Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat.

“Rakyat Sarawak amat bertuah di bawah kepemimpinan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg kerana pembangunan di kawasan luar bandar dapat dinikmati seiring dengan kawasan bandar menerusi PCDS 2030,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri dan Aidiladha anjuran Surau Darul Muafiqin, Taman Seroja Indah pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata, surau berkenaan merupakan antara projek yang berjaya direalisasikan menerusi inisiatif Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) DUN Kalaka.

Jelasnya, kemudahan itu bukan sahaja memberi keselesaan untuk ibadah, malah berfungsi sebagai pusat penganjuran aktiviti kemasyarakatan dalam usaha mengeratkan silaturahim penduduk setempat.

Pada majlis yang turut meraikan sambutan Tahun Baharu Islam 1448 Hijrah itu, beliau mengumumkan peruntukan tambahan RTP DUN Kalaka bagi tahun 2027 sebanyak RM50,000 untuk kerja-kerja menyimen kawasan belakang surau berkenaan.

Terdahulu, Mohamad bersama isterinya, Norlida Sharkawi menyempurnakan simbolik perasmian bersama Pengerusi Surau Darul Muafiqin, Justi @ Saini Amban.

Related Posts

Tangki minyak ‘menyamar’ jadi tayar ganti, helah seludup petrol terbongkar

PADANG BESAR – Sekali pandang seperti tayar ganti biasa, namun di sebaliknya tersembunyi tangki minyak yang diubah suai dipercayai digunakan untuk menyeludup bahan api bersubsidi ke negara jiran. Helah itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Teguran buahkan hasil, KSN puji kualiti kemudahan I-LEAD Park INSARA

KOTA SAMARAHAN – Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar menzahirkan rasa berpuas hati dengan kualiti penyiapan projek INTAN Leadership Development Park (I-LEAD) di Institut Tadbiran Awam Negara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tangki minyak ‘menyamar’ jadi tayar ganti, helah seludup petrol terbongkar

Tangki minyak ‘menyamar’ jadi tayar ganti, helah seludup petrol terbongkar

Laporan RCI TH akan diserah kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut

Laporan RCI TH akan diserah kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut

UMNO Pahang terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti

UMNO Pahang terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti

Operasi serentak seluruh negara, 1,043 warga asing ditahan

Operasi serentak seluruh negara, 1,043 warga asing ditahan

RON97 turun 20 sen, RON95 tanpa subsidi turun 15 sen

RON97 turun 20 sen, RON95 tanpa subsidi turun 15 sen

Teguran buahkan hasil, KSN puji kualiti kemudahan I-LEAD Park INSARA

Teguran buahkan hasil, KSN puji kualiti kemudahan I-LEAD Park INSARA