25 penduduk Kampung Sungai Seluang Bawah dipindahkan ke PPS

KULIM – Kira-kira 25 penduduk terjejas selepas rumah mereka silanda banjir di Kampung Sungai Seluang Bawah di sini semalam.

Kesemua mereka daripada lapan keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Masjid Al-Muhtadin Sungai Seluang sejak malam tadi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kulim, Kapten (PA) Amirul Aliff Ahmad berkata, kejadian banjir kira-kira pukul 6 petang itu berlaku selepas hujan lebat berterusan selama lebih dua jam.

“Kadar taburan hujan semalam direkodkan sebanyak 55 milimeter sejam.

“Hujan lebat selama dua hingga tiga jam mengakibatkan paras air sungai meningkat sebelum melimpah ke kawasan rumah penduduk kampung,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, tiga keluarga turut terperangkap selepas jalan dinaiki air sebelum dibawa keluar dari kawasan itu dengan bantuan polis dan penduduk kampung.

Related Posts

Sarawak rancang perluas habitat, pasaran ikan empurau di Empangan Baleh

KUCHING – Sarawak merancang untuk memanfaatkan kawasan sekitar Empangan Baleh bagi mewujudkan habitat semula jadi ikan empurau dalam usaha meluaskan pasaran spesies premium tersebut. Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kesejahteraan komuniti diutamakan, Petronas kongsi keceriaan Gawai bersama warga Miri

MIRI – Seramai 200 penduduk di sekitar bandar raya ini dan pinggir bandar Lambir menerima manfaat menerusi Program Pemacu Kehidupan anjuran Petronas bersempena dengan sambutan Hari Gawai 2026. Majlis penyerahan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sarawak rancang perluas habitat, pasaran ikan empurau di Empangan Baleh

Sarawak rancang perluas habitat, pasaran ikan empurau di Empangan Baleh

Kesejahteraan komuniti diutamakan, Petronas kongsi keceriaan Gawai bersama warga Miri

Kesejahteraan komuniti diutamakan, Petronas kongsi keceriaan Gawai bersama warga Miri

Kerajaan Pahang komited jaga kebajikan persatuan veteran

Kerajaan Pahang komited jaga kebajikan persatuan veteran

Petronas santuni 200 golongan memerlukan sempena Gawai

Petronas santuni 200 golongan memerlukan sempena Gawai

Tiada siapa dipinggirkan, bukti Selangor hargai pengorbanan ibu

Tiada siapa dipinggirkan, bukti Selangor hargai pengorbanan ibu

25 penduduk Kampung Sungai Seluang Bawah dipindahkan ke PPS

25 penduduk Kampung Sungai Seluang Bawah dipindahkan ke PPS